SIRI NOVEL TEKNOLOGI THRILLER : THE GHOSTWRITER | AirBnBoo: APABILA TERSEWA RUMAH BERPENUNGGU

Write a review
RM12.00
Ask a question
Price in points: 12 points
978-967-2865-22-3
In stock
+

Naik pangkat? Dapat ketuai cawangan baru yang hebat? Itulah berita paling ditunggu oleh seorang yang sibuk mengejar tangga korporat, Yusuf yang memang seorang individu yang bekerja kuat. Dia dihantar ke cawangan baru di Bangsar. Keadaan jadi huru-hara.. mana mungkin berpindah rumah dalam sekelip mata! Mujurlah beroleh sebuah rumah sewa selesa dengan tawaran separuh harga. Hanya letakkan deposit & bersetuju tidak menarik diri dari perjanjian dalam tempoh 3 bulan.


Berjiran pula dengan seorang wanita tua misteri bernama Nenek Koko.. individu itu menasihatkan agar banyak membaca Quran. Hari pertama, tiba-tiba wujud helaian demi helaian rambut panjang di atas katil. Malamnya..nasi hidangan pula berbau hancing, dikencing! Kekusutan memuncak bila anak isterinya terserempak dengan lembaga putih dipercayai pontianak..memunculkan diri sewaktu remang senja.


Akhirnya Nenek Koko berkongsi kisah, rumah itu rupanya bekas tapak perkuburan. Lebih menyeramkan, ia terkenal dengan lagenda..seorang wanita mengandung sulung mati dibakar oleh ibu mentua.

No reviews found