[TOMO] KENCHING - AZWAR KAMARUZAMAN [BUKUPOJOK] (T4)

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
978-967-2018-09-4
In stock
+

Tahun Terbitan: 2017

Format: Softcover
Halaman: Hitam Putih

SINOPSIS

Kenching mengisahkan seorang remaja miskin, Amirul yang telah memilih jalan yang salah selepas tinggal berjauhan daripada keluarga kerana melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di selatan tanah air. Akibat desakan hidup serta tunduk kepada pujukan rakan sebaya, Amirul sanggup menipu emaknya untuk mendapatkan duit bagi dijadikan modal perniagaan.

Biarpun pada mulanya perniagaan berjaya, beberapa peristiwa telah menjauhkan Amirul daripada sifat-sifat terpuji seorang anak kepada keluarga terutamanya emaknya. Sifat tamak dan hanyut dalam dunia penuh noda membuatkan ingatan terhadap keluarga semakin terhakis. Keluarga dibuang bagi mengejar nikmat dunia.

Hingga sampai pada ketikanya, dia terduduk kerana tersilap langkah akibat mempercayai seseorang yang telah menggelapkan masa depannya. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali kembali kepada yang maha Esa serta menagih keampunan dengan keluarga yang pernah dilupakan.

No reviews found