[TOMO] SONGKET BERBENANG EMAS | NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU | DBP [T2]

Write a review
RM15.00
Ask a question
Price in points: 15 points
In stock
+

Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang anak sulung dan pelajar bernama Dahlia yang menghadapi kesusahan dalam keluarganya. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan sekolah tetapi tumpuan terhadap pelajarannya terganggu akibat masalah keluarga. Ibunya, Saleha dimasukkan ke Hospital Permai kerana menghadapi masalah mental manakala ayahnya telah dipatuk ular dan perlu dimasukkan ke wad hospital selama beberapa hari. Adiknya pula, kurang minat untuk belajar kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. Dahlia juga terpaksa keluar daripada asrama untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adiknya. Walaupun terdapat banyak dugaan dan musibah yang dihadapi oleh Dahlia, beliau kekal tabah. Tekanan hidup Dahlia bertambah apabila hubungannya dengan Azhari depandang serong oleh jirannya. Dahlia juga berani terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tetapi dicemuh kerana usahanya gagal untuk menyelamatkan Said. Satu hari, adik Dahlia iaitu Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam berwarna hitam yang mengandungi paku , cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia dan insaf apabila melihat liku-liku yang diharungi mereka. Dahlia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan selamat ditunangkan dengan Azhari

No reviews found