PABILA HUJAN TURUN | KUMPULAN ESEI | SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD | DBP [TOMO]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
9789834617332
In stock
+

Pabila Hujan Turun merupakan esei kompilasi kolum "Pabila Hujan Turun" tulisan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Shahnon Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera mulai Januari 2005 hingga Januari 2009. Tulisan-tulisan ini mengisi ruang pendek yang memuatkan sisi pemikiran Shahnon baik dalam menanggapi dunia kepengarangan beliau mahupun dunia kesusasteraan tempatan dan sejagat. Kompilasi esei ini bukan sahaja memuatkan pengalaman dan pemerhatian Shahnon dalam melihat kehidupan yang dipenuhi lambang dan tanda tetapi juga menghuraikan aliran dan gerakan kesusasteraan dunia yang mencorakkan sejarah.


Melalui Pabila Hujan Turun, Shahnon menyajikan sebuah catatan kehidupan yang cukup luas cakupannya. Kata-katanya mengalir seperti sungai yang panjang dan berliku, penuh dengan segala peristiwa. Adakalanya seperti hujan yang menjunam, menikam hati pembaca dengan segala kisah dan kritikannya. Malah acap kali juga kata-katanya hinggap seperti embun yang hadir untuk menyedarkan tentang kesementaraan hidup di dunia; sekali gus memberi kedinginan takwa dalam hati sanubari pembacanya. Nyata, Pabila Hujan Turun adalah sungai, adalah hujan adalah embun yang mengisi makna untuk ditafsirkan.

No reviews found