Pendeta' Za'ba - Cendekiawan Ulung Melayu. Abdul Latip Talib [F3]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
Out of stock

Di kala masyarakat Melayu masih mundur ke belakang, dijajah British, beliau bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah Keluarga yang memuliakan ilmu. Hidupnya memperjuangkan bangsa. Memikirkan nasib bangsa yang bukan semakin maju seperti bangsa lain, tetapi mundur ke belakang. Kurang pendedahan dan tetap di takuk lama mempertahankan adat dan ajaran yang secara jelas, bertentangan dengan Islam.

Tajamnya mata pena, sehingga British rasa tergugat. Beliau tidak gentar. Beliau tidak mengalah. Semakin dijentik, semakin beliau maju melangkah. Beliaulah Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, atau dikenali dengan panggilan Pendeta Za'ba. Baginya ilmu harus dimanfaatkan untuk masyarakat. Manusia yang terbaik adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Sehingga akhir hayatnya, beliau terus mengejar ilmu tanpa menghiraukan cabaran yang datang.

Perginya beliau, telah membawa sinar dalam dunia pendidikan Melayu. Beliaulah pelita yang mengerdip dalam kegelapan kemiskinan dunia pendidikan masyarakat Melayu. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, matinya beliau meninggalkan buku, kenangan dan semangat perjuangan yang akan terus menerangi kegelapan.

  • Author: Abdul Latip Talib
  • Format: Paperback | 252 pages
  • Language: Bahasa Malaysia
  • ISBN: 978-967-15777-8-3

No reviews found