Abdul Rahman Auf - Jutawan Dermawan Cendekiawan. Abdul Latip Talib [F3]

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Harta kekayaan melimpah ruah, tetap tidak dapat membezakannya dengan hamba-hamba yang dibebaskannya. Tiada beza jenis pakaian yang dipakainya kerana kerendahan hatinya. Beliau adalah, Abdul Rahman bin Auf, hartawan Kota Madinah. Beliau sahabat Rasulullah SAW, dinamakan Abdul Rahman oleh Rasulullah SAW, di antara 10 yang terawal menerima Islam tanpa ragu dan sentiasa memperbaiki dan meningkatkan amalannya walaupun sudah dijanjikan syurga Allah SWT.

Ali bin Abi Talib berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Engkau (Abdul Rahman bin Auf) adalah seorang yang dipercayai oleh penghuni langit dan orang yang dipercayai penghuni bumi.

Abdul Rahman bin Auf, hartawan yang sangat Zuhud dan merendah diri. Setiap seruan Allah SWT disahut tanpa tangguh, menyertai penghijrahan ke Habsyah dan Kota Madinah. Hartanya disedekahkan ke jalan Allah. Beribu-ribu hamba dibebaskannya. Setiap rezeki yang diterima dikongsi bersama. Setiap, sahutan perang disertainya tanpa gentar. Kakinya tenpang semasa Perang Uhud dan Rasulullah SAW menjadi makmum solat subuh yang diimamkan beliau sewaktu Perang Tabuk, perang terakhir disertai Rasulullah SAW.

  • Author: Abdul Latip Talib
  • Format: Paperback | 276 pages
  • Language: Bahasa Malaysia
  • ISBN: 978-967-15243-6-7

No reviews found