Hujan Emas Di Tanah Slavik [PATRIOT] [TOMO]

Write a review
RM33.00
Ask a question
Price in points: 33 points
9789672437505
In stock
+

Thaqib Shaker merupakan stringer Utusan Malaysia. Selain berpengalaman selama tujuh tahun belajar dan bekerja di Turki, beliau juga pernah menetap dalam tempoh tertentu di Bosnia-Herzegovina. Anak jati Kuala Lumpur ini lebih berminat menjelajah ke negara-negara unik seperti Moldova dan Azerbaijan.

Hasil daripada siri pengembaraan beliau, maka telah terbentuk pandangan dan cara berfikir tersendiri, unik dan sememangnya bertentangan dengan norma kehidupan dan cara berfikir rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. Buku ini mengumpulkan artikel-artikel hasil tulisan beliau tentang pelbagai isu dalam Utusan Malaysia.

Tajuk berkaitan Tanah Slavik sengaja dipilih kerana kebanyakan koleksi esei beliau tertumpu dengan negara-negara yang didiami oleh rumpun bangsa Eropah Timur seperti Rusia, Serbia dan negara-negara di Balkan. Buku ini ditulis dengan harapan pandangan kita tentang dunia bukan sahaja berubah, malah dapat menilai sesuatu isu menerusi kaca mata berbeza.

BILANGAN MUKASURAT : 196

ISI KANDUNGAN

1. Buku Rapatkan Hubungan Malaysia dan Serbia 

2. Aliyeva Mehriban, Wanita Besi Azerbaijan 

3. Angkasawan Rusia yang Terus Dijulang 

4. Azerbaijan 1918 

5. Badminton Semakin Digemari 

6. Bahasa Melayu Bertapak di Bumi Rusia 

7. Banja Luka, Kota yang tidak Diendahkan 

8. Benarkah Bahasa Rusia Bermanfaat?

 9. Black Lives Matter – Antiperkauman, antara Realiti dengan Fantasi 

10. Era Bola Sepak Bosnia-Herzegovina 

11. Chechnya – Antara Emosi dengan Fakta 

12. D8 – Membawa Perubahan pada Dunia Islam? 

13. Dunia Buku Rusia 

14. GISBH Mengharumkan Nama Negara 

15. Rahsia Orang Cina Berniaga 

16. Sejauh manakah Hubungan Malaysia dan Serbia? 

17. Islam di Ukraine 

18. Islam di Rusia 

19. Kekuatan Turki tidak Boleh Dipandang Sebelah Mata

 20. Kemerdekaan Kosovo Ada Kaitan dengan Malaysia? 

21. Pembunuhan Beramai-ramai Khojaly 

22. Ada Cerita dari Korea Selatan 

23. Siapakah Maclay? 

24. Makanan Rusia Iras Makanan Kita?

 25. Kenapa Kurang Pelancong Melawat Malaysia

 26. Manfaat Muslim Chaplain 

27. Luka Karabakh Terlalu Mendalam 

28. Berkulit Gelap itu Hodoh? 

29. Orang Putih Sombong: Salah Siapa? 

30. Kumpulan O-Zone, Mutiara Moldova 

31. Ada Pesanan daripada Pasangan Ukraine 

32. Peneroka Ukraine yang Harus Diketahui

 33. Siapakah Lelaki Ini? 

34. Berkenalan dengan Penyair Azerbaijan 

35. Perang Patriotik Azerbaijan 

36. Perayaan Nowruz

 37. Pilih Kasih Barat yang Jelek 

38. Putin dan Khabib, Gandingan Hebat? 

39. Ramadan di Amerika Syarikat 

40. Realiti Rusia yang Mengejutkan 

41. Republik Demokratik Azerbaijan Pengalaman Sejarah Azerbaijan dalam Dunia Islam 

42. Ada Sejarah Rusia di Pulau Pinang 

43. Soviet Komunis: Membongkar Jenayah Soviet ke atas Umat Islam

 44. Sputnik V – Vaksin Rusia 

45. Terokai Dunia Ukraine 

46. Tokoh Teladan Ukraine

No reviews found