Pada Setiap Kali Gerimis Memanggil Namaku Shamsudin Othman

Write a review
RM15.00
Ask a question
Price in points: 15 points
Out of stock

60 buah puisi dalam buku in memperlihatkan kecenderungan lain Shamsudin Othman dalam menyampaikan percakapan batin yang terhukum oleh lingkaran kehidupan kepenyairannya. Nada, representasi alami dan rasa insaniah yang mercup daripada suara eksistensial puisinya dilihat sangat mendokong suara gelisah dan romantisisme Melayu.

"Zaen Kasturi, Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman merupakan penyair tiga serangkai yang berjaya dilahirkan oleh program Minggu Remaja (MR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ketiga-tiga penyair ini bukan sahaja hadir sebagai rakan tetapi wujud ruang persaingan dalam medan mencipta jati diri. Sebagai produk manusiawi dalam usaha kelangsungan persuratan Melayu tanah air, ketiga-tiga penyair ini tampil dengan sook yang menghairahkan. Di antara ketiga-tiga ini, Shamsudin Othman dilihat lebih mendokong falsafah romantis Melayu-Islam. Puisi-puisinya hadir dengan impak metafora manusiawi yang segar dan memeranjatkan."
(Johan Jaaffar, 2013)

"Saya tidak menduga bahawa Shamsudin Othman yang digandingkan dengan saya dalam antologi puisi ‘Segugus Percakapan Cinta di Bawah Matahari’ (ITBM: 2017) itu hanya seorang penyair yang usianya jauh lebih muda daripada saya. Tetapi ketika menikmati baris-baris fikirnya, dia merilik syarah puisi yang luar biasa. Cinta, rindu, marah, duka dan pujiannya disusun dengan fikrah santun Melayu yang teratur malah sangat sopan pengucapannya."
(D. Zawawi Imron, 2017)


Paperback

Published June 1, 2022

No reviews found