Sejarah Melayu. K/K. Oleh Ahmad Dahlan [RAK 11]

Write a review
RM100.00
Ask a question
Price in points: 100 points
In stock
+

Judul : Sejarah Melayu Pengarang : Ahmad Dahlan Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka Genre : Sejarah Mukasurat : 743 Halaman Cetakan Pertama : 2017 ISBN : 9789834912840

Buku ini menyajikan sejarah bangsa dan salasilah Kesultanan Melayu yang begitu komprehensif. Bersumberkan hikayatlama yang tersohor dan diyakini seperti Sulalatus Salatin (Tun Sri Lanang) dan Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), kerja-kerja penelitian lapangan serta wawancara dengan tokoh berwibawa, penulis memberikan sebuah pandangan alternatif tentang sejarah peradaban Melayu di Nusantara. Buku ini memperlihatkan susur-galur Kesultanan Melayu yang dikatakan bermula dari Bukit Siguntang Mahameru dan kemudian tersebar luas keturunannya hingga Tanah Semenanjung, Kepulauan Riau dan Wilayah Riau serta kawasan lain di Alam Melayu. Malah, masing-masing mampu membangunkan negeri dan empayar besar sambil mengukuhkan warisan raja-raja Melayu hingga hari ini.

     Budayawan Melayu terkenal, Bapak Tenas Effendy dalam kata pengantarnya di halaman awal buku ini menyebut: "Buku ini menempatkan diri dengan arif dan bijaksana dalam mengambil sikap terhadap pandangan-pandangan dominan dalam sejarah Kesultanan Melayu [...]. Penulis buku ini mengambil jalan tengah sebagai "pendamai" dan "penyejuk" kelompok-kelompok yang pernah bersaing dalam gelanggang politik Kesultanan Melayu pada masa lalu. Sikap ini mencerminkan kearifan penulis dalam memilih dan memisahkan dengan teliti bahan-bahan yang telah dihimpunkan."

     Perjuangan dan penentangan bangsa Melayu terhadap penjajah seperti yang dilakukan oleh Laksamana Hang Nadim dan Raja Haji Fisabilillah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sifat berani dan sanggup mengorbankan nyawa sendiri membela kedaulatan, maruah dan martabat bangsanya. Begitu juga dengan kaum cendekiawan Islam di Pulau Penyengat yang menentang Belanda melalui gagasan pemikiran yang bernas dan jernih sambil melangsungkan hubungan diplomasi dengan bangsa-bangsa maju pada zaman itu, iaitu Turki dan Jepun. Hal ini juga menampilkan sisi bangsa Melayu yang memilih jalan cerdas dalam memperjuangkan kedaulatan dan kemerdekaan negerinya.

     Buku ini mampu memperkaya sumber khazanah peradaban Nusantara serta sejarah bangsa dan Kesultanan Melayu selain dapat dijadikan rujukan bagi semua peringkat umur pembaca dan peminat sejarah ketamadunan dunia Melayu.

No reviews found