Save 15%

Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan #(MBC)

Write a review
Old price: RM25.00
RM21.25
You save: RM3.75 (15%)
Ask a question
9789671826034
In stock
+
Tajuk: Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan
ISBN: 9789671826034
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 160
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.17
Dimensi (cm): 13cm x 20cm x1.5m
 
 
SINOPSIS
 

Buya HAMKA Berbicara tentang Perempuan merupakan sebuah karya yang menyoroti topik perempuan dalam pandangan Islam. Ia membahaskan kemuliaan perempuan dan berbagai-bagai peranannya dalam kehidupan. Dengan huraian-huraian berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan sejarah Nabi Muhammad SAW.

HAMKA mengutarakan bahawa tiada agama lain atau sistem lain yang lebih terbaik daripada Islam dalam memberi penghormatan kepada kaum perempuan. Naskhah ini juga turut membawa wacana dan idea bahawa hak dan kewajipan perempuan beriman sama dengan hak lelaki beriman. Namun tidak sehingga terikut dan melampau seperti barat yang menyeru kepada kebebasan tanpa panduan agama.

HAMKA menegaskan bahawa kewujudan lelaki dan perempuan adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain, seperti mana yang turut dinyatakan dalam al-Quran. Karya ini menerangkan dengan nyata perkara dan tugas bersama yang dihadapi mereka.

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

 

No reviews found