Save 15%

90 Hari Terakhir Menjelang Perpisahan Abadi #(MBC)

Write a review
Old price: RM28.00
RM23.80
You save: RM4.20 (15%)
Ask a question
9789671697412
In stock
+

Tajuk: 90 Hari Terakhir Menjelang Perpisahan Abadi 

ISBN: 9789671697412

Penerbit: Metromedia Solutions

Penulis: Norlela Zubir

Muka Surat: 243 m/s

Halaman: Hitam Putih

Berat (Kg): 0.3 kg

Tahun Terbit: 2020

Format: Softcover

Dimensi (Cm): 23 cm  x 15 cm x 1.6 cm

 

SINOPSIS: 

 

Sebuah buku catatan perjalanan di Tanah Suci Makah. Travelog yang penuh keinsafan. Dugaan dan cabaran berdepan saat kepulangan suami tersayang ke rahmatullah. 

Buku ini mengisahkan pengalaman yang saya lalui di Mekah ketika menunaikan umrah pada akhir Disember, 2018. Saya melalui fasa duka di sana apabila suami saya, Hj Z, jatuh sakit dan dimasukkan ke wad di Al Noor Specialist Hospital. Suami saya telah diserang sejenis virus dikenali sebagai Gullian Barre Syndrome atau GBS. Dia dirawat di hospital itu selama hampir tiga bulan.
 
Setiap hari saya berulang-alik ke hospital melawatnya dan sebahagian besar masa saya dihabiskan di Masjidil Haram sementara menunggu suami saya kembali sihat. Setiap hari saya menulis di Facebook dan catatan itu menjadi terapi jiwa saya yang gunda-gulana ketika itu. Catatan harian itu diikuti ramai rakan FB. Sokongan moral mereka berjaya menyuntik semangat saya untuk tabah melalui ujian Allah. Buku ini adalah kompilasi catatan saya di Facebook selama 90 hari.
 
Buku ini adalah buku terapi yang saya tujukan khas buat para pembaca yang ingin memujuk hati. Dalam kehidupan ini ada ketikanya kita ditimpa musibah, lalu terpaksa menanggung beban emosi. Bukan mudah hendak kekal berbaik sangka kepada Allah. Bagi saya sendiri tidak pernah terduga di fikiran bahawa saya akan ditimpa ujian berat di tanah suci Mekah. Saya telah ditarbiah Allah selama tiga bulan sebelum suami saya ditakdirkan kembali ke rahmatullah. Jenazahnya telah disemadikan di Perkuburan Al Ma’ala.
 
Kehilangan suami dicintai satu ujian berat buat seorang wanita. Apa tah lagi saya melalui saat getir itu bersendirian di luar tanahair. Begitulah ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Meski pun diselubungi duka tidak terperi, saya memilih untuk berdamai dengan takdir Allah. Saya yakin setiap ketentuan Allah pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Allah tidak pernah bersifat zalim terhadap hamba-hambaNya.
 
Buku ini bertemakan CINTA. Cinta sepasang suami-isteri (lovebirds) di ambang perpisahan abadi. Disulami CINTA seorang anak kepada ibu-bapanya. Juga CINTA antara sahabat sejati, dan CINTA (rasa ihsan) sesama insan dikenali atau tidak dikenali. Paling utama CINTA Sang Pencipta terhadap maklukNya yang lemah lagi tidak berdaya. Hakikatnya, semua yang kita cintai di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah. DIAlah yang terlebih layak dicintai sepenuh hati, mengatasi apa jua yang lain.
 
Mesej utama yang ingin saya sampaikan dalam buku ini ialah kita perlu saling membantu sesama insan. Dalam apa jua kapasiti yang kita termampu, bantulah orang lain yang sangat memerlukan bantuan. Antara pengajaran yang saya dapat ialah kita tidak perlu kenal rapat atau ada hubungan darah untuk membantu orang lain. Sepanjang tiga bulan berada di Mekah, saya telah dibantu terlalu ramai orang. Sesungguhnya sikap ihsan sesama insan amat penting. Nilainya terlalu berharga dan wajar diterap dalam jiwa setiap kita.
 
Selamat membaca!

No reviews found