KOMBO EJEN ALI

Write a review
RM39.80
Ask a question
kombo-ejen-ali
Out of stock

Ejen Ali The Movie - Misi: Neo

Ali kembali dalam Ejen Ali The Movie, Misi: Neo! Setelah terikat secara tidak sengaja dengan gadget merisik terhebat iaitu IRIS, Ali telah membuktikan yang dia layak untuk menggunakannya.

Walau bagaimanapun, dia rasa terpinggir apabila M.A.T.A mendedahkan IRIS NEO: IRIS versi baru dan lagi canggih!

Lantas Ali tersasar dari misi-misi yang diberi. Bersama seorang gadis misteri bernama Niki, mereka berdua membongkar rahsia sebenar tentang M.A.T.A dan bandar Cyberaya.

Komik ini memiliki 272 muka surat sepenuhnya berwarna. Disertakan juga info-info berkenaan karakter-karakter di dalam cerita.

 

Ejen Ali: Side Mission

Ejen Ali Side Mission ialah kompilasi eksklusif cerita pendek Ejen Ali dari majalah komik Ejen Ali.

Jalan cerita yang lebih ringan dan santai, dalam Side Mission melampirkan sisi lain aktiviti Ali selain dari menjalankan misi rahsia dan menonjolkan kemunculan rakan-rakan Akademi M.A.T.A!

Ini merupakan siri cerita sampingan yang diambil daripada siri Ejen Ali dan eksklusif dalam Majalah Komik Ejen Ali.

Kandungan dalam misi sampingan lebih komedi dan lucu daripada episod dalam siri ini. Ia biasanya menunjukkan latihan luar Ali. Ia kadang-kadang menunjukkan lebih banyak maklumat mengenai M.A.T.A. dan watak-watak lain.

Sumber: ejenali.fandom.com

No reviews found