Save 15%

Kompas 114 #(L57,BL57)

Write a review
Old price: RM40.00
RM34.00
You save: RM6.00 (15%)
Ask a question
9789671574812
Out of stock

SINOPSIS

Kompas 114 (Edisi Ungu @ 2020) menawarkan beberapa kemaskini dari edisi sebelumnya iaitu segmentasi surah al-Naml, al-Rum, Luqman, al-Sajdah, al-Zukhruf, al-Dukhan, al-Jathiyah, Muhammad, al-Fath, al-Munafiqun, al-Thalaq, al-Tahrim, dan al-Muzammil Buku Kompas 114 - "Bantuan Pengembaraan Anda Menghayati Al-Quran" ini banyak membantu memberi gambaran atau peta minda mengenai satu-satu surah yang dibaca sama ada secara sendiri atau bersama dengan pelajar. Perlu digandingkan dengan poin sejarah Islam semasa ayat-ayat al-Quran diturunkan untuk memberikan kesan yang mendalam semasa memahami situasi sebenar ayat yang dibaca.

 

METODOLOGI PENULISAN

Perlu saya jelaskan bahawa buku ini merupakan sebuah karya separa ilmiah. Ia bertindak untuk memberikan overview" kepada 114 surah dalam al-Quran. Buku ini berhasrat untuk menimbulkan "debaran" kepada keindahan dan keunikan setiap surah-surah dalam al-Quran. Buku ini merupakan hasil inspirasi untuk lebih mensasarkan masyarakat awam yang mungkin kurang terdedah kepada disiplin ilmu tafsir mahupun ilmu bahasa al-Quran itu sendiri. Semoga buku ini mampu menjadi seolahholah seperti "fasilitator" yang menumbuhkan keinginan yang mendalam buat ahli-ahli dalam kumpulannya untuk belajar dan terus belajar mengenai keagungan dan keindahan sesebuah surah yang mahu disampaikan. Seperti seorang pemandu pelancong yang membawa para jamaah ke sebuah pantai yang indah, namun pemandu tersebut tidak berhasrat untuk membawa jamaahnya menyelami ke dasar lautan yang mendalam kerana sudah ada ramai pakar-pakar yang boleh ditemui untuk ahli jamaah berenang ke dasar lautan dengan selamat dan berkesan.

TUJUAN PENULISAN

1. Segelintir masyarakat sering kali memandang surah-surah tertentu sahaja untuk diamal dan dihafal sedangkan khazanah 114 surah dari langit ini, kesemuanya terlalu indah dan mempunyai keunikan yang tersendiri sekiranya dikaji dan diamati dengan teliti melalui ilmu tafsir dan takwil yang sahih itu sendiri.

2. Mengangkat kedudukan ilmu munasabah al-Quran yang kurang mendapat perhatian dalam huraian tafsiran al-Quran pada waktu ini.

3. Mengangkat kedudukan sirah Nabawiyyah

4. Menjadikan proses tilawah al-Quran dalam bulan Ramadan al-Mubarak lebih bermakna.

5. Menjadi batu asas mekanisma dakwah bukan Muslim yang kreatif.

KEISTIMEWAAN

1. Jadual surah mengikut 'Amud al-Quran

2. Peta sirah surah

3. Jadual umum surah 4

. Pernyataan juzuk ke berapa

5. Jadual khusus surah

6. Penerangan surah (akronim "NO SMS") : Nama surah, Objektif surah, Surah surah, Munasabah surah sebelumnya, Segmentasi surah

 

#tadabbur #surah #quran #syaari #ibrah #tafsir #kitab #kompas114 #Tadabburcentre #kompas2020

No reviews found