Save 15%

Checkmate: 101 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Peguam Sebelum Beli Hartanah #(L37)

Write a review
Old price: RM59.90
RM50.91
You save: RM8.99 (15%)
Ask a question
9789671519851
Out of stock
Buku ini adalah hasil pengalaman kami dalam menjawab pelbagai persoalan yang sering
ditanya oleh Client kepada Perunding Hartanah dan Peguam Hartanah Kami
menghimpunkan persoalan yang menjadi perbincangan umum dalam transaksi jual beli
hartanah

Buku ini juga adalah sebagai panduan asas beberapa proses yang akan dilalui oleh penjual
dan pembeli hartanah. Melalui pengalaman kami dalam bidang hartanah, ramai yang ingin
membeli atau menjual hartanah mereka. Namun, mereka tidak begitu faham proses
transaksi jual beli dan bagaimana perunding hartanah dan peguam berperanan dalam
menguruskan semua transaksi jual beli sehingga pembeli dapat memiliki hartanah
tersebut dan penjual memperolehi duit keuntungan dari proses jual beli yang dijalankan

Pembeli dan penjual mempunyai andaian dan tanggapan mereka sendiri mengenai proses
jual beli hartanah Kebanyakan informasi mereka perolehi dari intemet atau kawan-kawan.
Informasi yang mereka perolehi adalah benar, namun mereka perlukan pihak ketiga seperti
Perunding Hartanah dan Peguan Hartanah untuk merungkai persoalan yang tersimpul
dibenak fikiran mereka. Tiada istilah standard dalam pengurusan transaksi jual beli. Setiap
kes yang berlaku, sudah pasti mempunyai proses dan cabaran yang tersendiri.

Seringkali kita mendengar cerita-cerita ngeri dalam proses jual beli hartanah. Ada kes
dimana transaksi jual beli mengambil masa yang bertahun-tahun untuk diselesaikan: Ada
juga kes yang sampai kesudah proses masih belum selesai. Ada penjual yang menjual
hartanah mereka, sehingga kini masih ternanti-nanti untuk mendapat duit keuntungan
dari hasil Jualan hartanah mereka. Ada juga pembeli dan penjual yang ditipu kerana
mendapat khidmat nasihat dari individu yang salah atau yang mempunyai agenda
tersendiri

Kombinasi Perunding Hartanah dan Peguam Hartanah ini menjadikan adunan yang terbaik
dalam penghasilan buku ini. Kami yakin dan percaya, buku ini akan memberikan anakan
dan ilmu pengetahuan kepada pembaca mengenai proses jual beli hartanah di Malaysia.

No reviews found