Dunia Tanpa Tembok 2 (PATRIOT)

Write a review
RM33.00
Ask a question
9789671652800
In stock
+
 

Description

Buku terlaris Patriots Publishing kini berwajah baru.

Bukan kulit bukunya sahaja tampak lebih kemas, isinya juga telah dikemaskini.

Dunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai keruntuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin “strongman”, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.

Apa yang berlaku kepada globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang digempar-gempurkan pada tiga dekad kebelakangan ini? Adakah orde dunia baharu yang akan lahir ini lebih baik daripada orde lama, atau sebaliknya?

Dengan menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik, yakni KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI, buku ini akan merungkai persoalan-persoalan besar tentang hubungan antarabangsa masa kini.

 

ISI KANDUNGAN;

Prakata 

  1. Keruntuhan Orde Antarabangsa Liberal
  2. Kebangkitan Populisme
  3. Kebangkitan Strongman
  4. Perang Dingin Baharu?
  5. Kunci Pertama: Kuasa (Power Politics)
  6. Kunci Kedua: Geografi (Geopolitics)
  7. Kunci Ketiga: Identiti (Identity Politics)
  8. Orde Dunia: Dari Multipolar ke Unipolar
  9. Pax Americana
  10. Papan Catur Eurasia
  11. Menolak Neoliberalisme
  12. Perang Perdagangan AS–Jepun
  13. Perangkap Thucydides
  14. Pertembungan Tamadun di Amerika Utara
  15. Trumpolitik
  16. Xuechi dan Keabsahan
  17. Semua di Bawah Langit
  18. Jalan Sutera Baharu
  19. Rantaian Mutiara
  20. Dari Asia-Pasifik ke Indo-Pasifik
  21. Nihon wo Torimodosu
  22. Jalan Sutera Kutub Utara
  23. Turkestan Timur
  24. Pelabuhan Air Suam
  25. Masalah Pembesaran Nato
  26. Near Abroad
  27. Eropah untuk Orang Eropah
  28. Orang Gasar di Pintu Pagar Eropah
  29. Menyerang EU dari Dalam
  30. Pan-Slavisme Moden 
  1. Merebut Alexander
  2. Sykes–Picot dan Penciptaan Timur Tengah Moden
  3. Daripada Bani Hasyim kepada Bani Saud
  4. Kejahatan yang Perlu
  5. Tiga Kutub Kuasa Timur Tengah
  6. Perang Syria
  7. Perang Yaman
  8. Masa Depan Petropolitics
  9. Khashoggi dan Pengaturan Semula Saudi
  10. Turki: Gunting Dalam Lipatan Nato
  11. Kurd: Duri Dalam Daging Turki
  12. Israel at 70
  13. Kedudukan Antarabangsa Jerusalem
  14. Penyatuan Korea yang Tidak Diingini
  15. Kim Jong-Un dan Nuclear Brinkmanship
  16. Mr. Sunshine Moon Jae-In
  17. Asean Tersepit
  18. Seni Pengimbangan Kuasa Filipina
  19. Việt Nam Vô Địch
  20. Destini Malaysia

Kronologi Geopolitik 2018 

Tentang Penulis 

Wawancara bersama Ayman Rashdan Wong 

Glosari 

Daftar Istilah 

Akronim 

Bibliografi 

No reviews found