Save 15%

KRISIS CHARLIE (Q6)

Write a review
Old price: RM25.00
RM21.25
You save: RM3.75 (15%)
Ask a question
9789672101031
Out of stock
IDENTITI

Inspektor Safuan, anggota Team Musang yang ditubuhkan khusus bagi menangkap kumpulan penjenayah kejam yang hanya dikenali sebagai Geng X. Namun semua anggota Team Musang telah dibunuh kejam kecuali Safuan, Dalam satu operasi menangkap Geng X, semua anggotanya maut.

Safuan bagaimanapun dituduh terlibat dengan Geng X dan menyebabkan kematian anggota Team Musang dan Geng X bagi menutup rahsianya. Polis mendapati seorang anggota Geng X iaitu Agus Surif masih hidup. Safuan terpaksa memburu Agus Surif yang misteri bagi membersihkan namanya namun pemburuannya merungkai rahsia antara Safuan dan Agus.

JANGAN CARI PASAL!

Dia sudah penat berlari, sehingga terpaksa menukar identiti. Sesudah lebih dua tahun dia ‘terbuang’ ke suatu pedalaman bersama isteri tercinta, rekod sulitnya tiba-tiba digodam. Rupa-rupanya, masih ada individu yang tidak percaya dirinya sudah mereput mati. Apabila isteri kesayangan diculik, dia nekad. Sudah tiba masa dia pula menjadi pemburu. Dia hanya ada 24 jam untuk membongkar segalanya. Termasuklah, rahsia dirinya sendiri. Jangan cari pasal dengan Manap.

ZIPPO

Izrael nama diberi, bertukar nama barunya kepada Freddy selepas satu peristiwa memaksa dia bertukar identiti daripada lelaki normal kepada lelaki yang menakutkan. Misi memburu Ramli adalah misi terakhir buatnya. Segalanya terbongkar setelah nafas Ramli berhenti.

No reviews found