Syamail Muhamadiyah : Peribadi Junjungan Mulia Nabi Kita (C146)

Write a review
RM42.00
Ask a question
978-967-361-136-2
Out of stock
===========================
Format: Hardcover
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789673611362
Jumlah Muka Surat: 472
Berat (Kg): 0.61
Penulis: Imam At-Tirmizi
===========================

 

Syamail Muhammadiyah adalah sebuah buku sirah agung Nabi Muhammad SAW yang mempunyai 415 hadis dalam 56 bab. Buku ini ditulis oleh Imam at-Tirmizi (279H) untuk memperkenalkan kepada pembaca keadaan peribadi Nabi SAW daripada pelbagai sudut, antaranya:

 

1-Bentuk tubuh dan perilaku

2-Pakaian dan perhiasan

3-Makanan dan minuman

4-Cara ketawa, menangis dan tidur

 

Buku Syamail Muhammadiyah ini diberi beberapa nilai tambah:

 

1-Dari segi kualiti hadis sama ada sahih, hasan, daif atau terlalu lemah.

2-Dari segi takhrij daripada kitab ulama-ulama yang lain.

3-Dari segi perkataan yang sukar difahami dijelaskan secara ringkas dan padat.

 

Syeikh Abdul Mohsin al-`Abbad memberi ulasan:

 

“Buku Syamail Muhammadiyah yang ditulis oleh Imam at-Tirmizi adalah satu rujukan agung dan sangat penting untuk mengenali peribadi Nabi SAW. Para ulama hadis silam dan moden sangat mengambil berat terhadap buku ini.”

 

Diharapkan, dengan kehadiran buku “Syamail Muhammadiyah” ini mendekatkan pembaca dengan cara kehidupan Nabi Muhammad SAW serta menjadikan baginda contoh teladan dalam kehidupan. Juga sesuai digunakan sebagai rujukan kuliah di masjid atau bersama keluarga.

No reviews found