Cik Akademik Lawan Samseng Mereng (L187)

Write a review
RM10.00
Ask a question
978-967-0411-57-6
In stock
+

Ada pelajar baru masuk kelas tingkatan 4A di Sekolah Sri Bangsar? Siapa gerangannya? Pelajar luar negara? Remaja bijak dari sekolah berasrama? Anak VIP yang terkemuka? Adakah orangnya kacak bergaya? Ataupun cantik seperti artis ternama?

Oh... rupa-rupanya tekaan salah belaka! Pelajar baru itu bukan betul-betul baru. Chiew Kok Yung, dia pelajar corot yang diserapkan ke kelas cemerlang. Dia dihukum oleh Cikgu Amnah... biar berubah perangai, harapnya mampu terkena tempias kerajinan rakan-rakan.

Malangnya Chiew Kok Yung bukan setakat corot pencapaian akademik, gosip liar mengatakan... dia juga samseng! Bertubuh sasa, bermuka serius sepanjang masa dan mulut tidak langsung mahu bertegur sapa... patutlah seluruh warga kelas tingkatan 4A sengaja memulaukannya!

Apabila seorang pelajar corot melawan sekumpulan pelajar-pelajar cerdik.. apakah yang akan berlaku? Mampukah diubah diri supaya sama-sama mementingkan akademik? Ataupun si samseng akan lebih menggelupur rimas kerana rasa terperangkap dalam dunia budak-budak cerdik?

Ketahuilah penghujung kisah kelakar tetapi penuh info akademik dalam novel 'Cik Akademik LAWAN Samseng Mereng'.

 

 

No reviews found