Save 15%

Tuhan Lebih Saintifik (C115)

Write a review
Old price: RM16.00
RM13.60
You save: RM2.40 (15%)
Ask a question
9789830974385
Out of stock
Format: Paperback
Saiz: 4.5'x7.5'
ISBN-13: 978-983-097-438-5
Tahun Terbit: 2013
Jumlah Muka Surat : 360
Berat (kg):0.33
 
Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketuruna india yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan atau ATHEIS. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyellitkan fahamannya di dalam kulliah anatomi kepada pelajar perubatan.
 
Dalam masa yang sama, Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan mengganggap sains adalah segala-galanya. Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan mengganggap kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa kepada neraka,termasuklah bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah Atheis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada para pembaca.
 
Di awal cerita, impian Dr.Donald bertekad untuk mengembangkan fahaman dan ajaran Ateis di seluruh Malaysia di mana beliau mensasarkan pelajar-pelajar ketika sesi kuliah, beliau memberi persoalan-persoalan yang membingungkan pelajar. Sehinggalah kedatangan pensyarah baru iaitu Dr.Ahmad Zahidi yang bukan sahaja pakar bedah jantung malah bertauliahkan agama, beliau yang membantu menjawab persoalan-persoalan tersebut, malah Dr.Donald mengajaknya berdebat berkaitan Tuhan.
 
Adakah Dr.Donald menang dalam perdebatan tersebut? Adakah Dr.Donald berjaya mempengaruhi pelajarnya tentang fahaman Ateis? Adakah Dr.Ahmad Zahidi dibuang kolej disebabkan laporan warden asrama atas tuduhan ajaran sesat? Apakah penghujung cerita Dr.Donald, masih berpegang fahaman Ateis atau sebaliknya?
 
Sumber: http://www.suterakasihyann.com/2014/02/tuhan-lebih-saintifik-by-dr-farhan-hadi.html

No reviews found