Samudera Al-Fatihah : Manfaat & Keistimewaan Induk Al-Quran (L118)

Write a review
RM26.00
Ask a question
9789674392666
Out of stock
===========================
Format:
Paperback
Saiz: 5.8" x 8.8
ISBN-13: 9789674392666
Jumlah Muka Surat: 428
Berat (Kg):
0.52
===========================
 
Surah Al-Fatihah atau nama lainnya UMMUL KITAB, merupakan ‘ibu’ atau ‘induk’ bagi Al-Quran. Ulama membahagikan Surah ini kepada dua bahagian, satu bahagian untuk Allah dan satu bahagian lain untuk kita hamba-Nya. Sebahagian ulama menganggapnya sebagai kesimpulan atau rangkuman daripada Al-Quran keseluruhannya. Kita diwajibkan membacanya 17 kali sehari semalam dalam solat lima waktu yang kita dirikan. Ini menunjukkan keagungan dan kehebatan kandungan Surah Al-Fatihah. Alangkah ruginya dan dukacitanya apabila surah yang dibaca berulang-ulang kali ini belum kita fahami kandungan dan isinya. Allahyarham H. Bey Arifin, salah seorang penulis terkenal di Nusantara. SAMUDERA AL-FATIHAH merupakan salah sebuah buku hasil karya beliau yang membedah dan merungkaikan isi kandungan tersurat dan tersirat Surah Al-Fatihah secara mendalam dengan gaya bahasa yang mudah dicerna dan difahami. Walaupun hanya terdiri daripada tujuh ayat, namun isi kandungannya bagaikan samudera luas yang tiada terbatas. Semakin diselami, semakin terserlah mutiara-mutiara ilmu dan hikmah yang berada padanya.

No reviews found