Formula Haji Sempurna (L128)

Write a review
RM28.00
Ask a question
9789673881017
Out of stock
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 9789673881017
Jumlah Muka Surat: 288
Berat (Kg): 0.40
===========================
Buku Formula Haji Sempurna ini merupakan siri ilmiah yang boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan haji dan umrah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna dan bermaklumat. Lebih mudah untuk difahami sekali gus jemaah haji akan berasa gembira dan puas hati menjadi tetamu Allah Taala.

Penulis tidak berhenti hanya dengan memberi panduan kepada bakal jemaah haji malah juga didedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para jemaah supaya berhati-hati dalam melaksanakan ibadah suci ini.

Antara perkara yang dibincangkan di dalam Formula Haji Sempurna ialah kedudukan Tanah Haram, kepentingan haji, persiapan bakal haji, sikap tolong-menolong semasa mengerjakan ibadah haji, cara pelaksanaan haji dan umrah ikut urutan masa, amalan-amalan yang perlu diutamakan semasa menjadi tetamu Allah, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian jemaah, keutamaan menziarahi Masjid Nabi dan beberapa amalan sahabat ketika mengerjakan haji.

Oleh itu, buku Formula Haji Sempurna ini berguna kepada calon jemaah haji dan jemaah haji muda, terutama kepada bakal jemaah haji yang telah berdaftar untuk menunaikan haji.

Buku ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi jemaah haji bagi mendapat haji yang sempurna dan mabrur. Mengapa buku ini perlu dimiliki? Buku ini menyediakan panduan praktis yang mudah dan komprehensif.

"Ganjaran bagi haji mabrur hanyalah syurga" (Riwayat Muslim)

Realisasikan haji bersyariat dengan kefahaman yang benar dan tepat.

No reviews found