Tasfiyah & Tarbiyah : Solusi Masalah Umat #(Q3)

Write a review
RM16.00
Ask a question
9789671443170
Out of stock

===========================
Format: 
Paperback

ISBN-13: 9789671443170

Jumlah Muka Surat: 97

Saiz: 21cm x 15cm

Penulis:  Muhammad Nasiruddin Al-Albani

===========================

Risalah yang bertajuk at-Tasfiyah wa at-Tarbiyah wa Ḥajatul Muslimina ilaihima merupakan salinan teks daripada kuliah yang disampaikan oleh al-Muhaddis as-Syaikh Muḥammad Nāṣiruddīn al-Albānī (masyhur dengan panggilan Syaikh Al-Albani) di Ma’ahad as-Syar’ie, ‘Amman, Jordan lebih kurang tiga puluh tahun yang lalu. Di dalam risalah ini, Syaikh menjelaskan tentang manhaj kebenaran yang perlu kita tempuhi, ia terhimpun di dalam dua perkataan, iaitu at-Tasfiyah (pemurnian) dan at-Tarbiyah (pendidikan).
 
Beliau (Syaikh Al-Albanī) telah menghabiskan keseluruhan umurnya di atas manhaj ini, iaitu proses permurnian dan penyucian akidah daripada segala kerosakan, kebatilan, khurafat dan syirik yang telah bercampur di dalamnya. Beliau juga telah melakukan proses pemurnian ke atas sunnah Nabi daripada perkara-perkara yang mencemarinya. Beliau membezakan antara hadis yang sahih hasan, da’if, maudu’ dan hadis-hadis yang tidak ada asalnya, serta membersihkan fiqh daripada pendapat-pendapat yang baru yang menyelisihi nas-nas yang jelas.
 
Kemudian beliau mendidik dirinya dan orang-orang di persekitaran dengan pendidikan berteraskan ajaran yang benar yang dibawakan oleh Nabi Muḥammad . Beliau mengambil pendekatan untuk menyeru manusia bersatu membangunkan manhaj at-Tasfiyah wa at-Tarbiyah ini. Lalu sekumpulan manusia daripada kalangan ulama dan penuntut ilmu menerima dakwah beliau, maka manhaj yang benar ini mula berkembang sehingga tersebar ke seluruh alam.

No reviews found