Membina Empayar : Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak (MEGAMIND) (M3)

Write a review
RM30.00
Ask a question
9789671196991
Out of stock

===========================
Format:
Paperback
Saiz: 6" x 9
ISBN-13: 9789671196991
Jumlah Muka Surat: 209
Berat (Kg):
0.31
===========================

Buku ini secara dasarnya menganalisis bentuk dan operasi governan di Sarawak di bawah pentadbiran Abdul Taib Mahmud (1981-2014). Permasalahan yang ingin didekati penulis adalah untuk memahami mengapa Abdul Taib Mahmud begitu lama mentadbir kerajaan negeri Sarawak. Data-data dan rujukan utama di dalam kajian buku ini dikutip melalui temu bual secara mendalam denagn beberapa sarjana politik Sarawak, ahli politik dan beberapa individu yang ada hubungan dekat dengan Abdul Taib Mahmud.

Dapatan utama dalam buku ini ialah Abdul Taib Mahmud berjaya menstrukturkan sistem grand design yang dikenali sebagai Oligarchic-Governing Class untuk keselamatan kedudukan dan kuasa ini memungkinkan bahawa tisda mana-mana kelas, penguasa dan kumpulan mampu menghambat kekuasaannya di dalam kerajaan negeri Sarawak. Oleh hal demikian, pembinaan empayar ekonomi politik Abdul Taib Mahmud di Sarawak telah menjadikan dirinya mencengkam hampir keseluruhan sistem kerajaan negeri. Sekalipun dihambat dengan dakwaan isu salah guna kuasa, rasuah dan pengumpulan kekayaan, beliau terus dominan dalam menentukan percaturan politik di negeri Sarawak. Sekaligus penulis menilai Abdul Taib Mahmud ialah Rajah Baharu Sarawak yang kini masih “berkuasa” sekalipun Adenan Satim menjadi Ketua Menteri baharu Sarawak.

No reviews found