Save 15%

Penawar Bagi Hati: Edisi Jimat (M3,Y44)

Write a review
Old price: RM28.00
RM23.80
You save: RM4.20 (15%)
Ask a question
978-967-411-923-2
Out of stock
===========================
Format:
Paperback
Saiz: 6” x 9
ISBN-13: 978-967-411-923-2
Jumlah Muka Surat: 512
Berat (Kg): 0.67
Tahun Terbit : 2021 ( Cetakan Ke-8)
===========================
 
"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari

Penawar Bagi Hati adalah sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan sepanjang zaman. Kitab ini terkenal dalam kalangan pengajar dan pelajar yang mengikuti pengajian di masjid-masjid ataupun pondok.

Di dalamnya membincangkan aspek fizikal dan rohani setiap insan, merangkumi tujuh anggota fizikal yang berperanan dalam melakukan ibadah kebaikan mahupun keburukan.

Anggota itu adalah mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua-dua tangan dan kaki. Kemudian, diikuti dengan kriteria 10 sifat mazmumah dan 10 sifat mahmudah yang semuanya berpangkalan dan berpusat pada hati.

 

 

NAFAS BARU UNTUK KITAB KUNING

Seiring dengan perkembangan semasa, PTS Publishing House berusaha mengambil inisiatif memberi nafas baharu kepada kitab-kitab kuning seperti Penawar Bagi Hati ini. 

Pendekatan yang dilakukan dalam buku ini adalah seperti berikut:

Teks Rumi: 

Terjemahan teks ke dalam tulisan rumi dengan pengolahan gaya bahasa moden. Ini bagi memudahkan para pembaca memahami maksud penyampaian buku ini.

Teks Jawi: 

Mengekalkan teks dan gaya bahasa jawi lama tanpa mengubah ejaan asal. Bagi teks ayat Al-Quran dan hadith, hanya dimasukkan terjemahan ayat, manakala matannya di dalam Bahasa Arab dimuatkan pada bahagian Teks Rumi.

Nota Kaki: 

Bagi hadith ataupun perkataan yang memerlukan rujukan dan penjelasan, disertakan nota kaki dan syarah oleh pentahqiq.

Catatan: 

Dimuatkan ruang kosong untuk catatan oleh pembaca.

 

BIODATA PENTAHQIQ

Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Anas Madani merupakan pelajar Malaysia yang ke-3 mendapat Ph.D daripada Univesiti Islam Madinah.

Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan sekaligus sebagai penyelia di pondok itu. Aktif memberi kuliah dan ceramah agama terutamanya berkaitan pengajian kitab-kitab turath.

Setelah sekian lama Penawar Bagi Hati digunakan sebagai rujukan dalam pengajian tasawwuf, beliau mengambil inisiatif menghuraikan isi kandungan kitab ini beserta syarah dan tahqiq sejajar dengan perkembangan semasa bagi memudahkan rujukan kepada pengajar dan juga pembaca umum.

 

BIODATA PENULIS

Namanya Abdul Qadir bin Abdul Muthalib bin Hasan atau lebih dikenali dengan Syeikh Abdul Qadir Mandili. Beliau adalah seorang ulama Melayu yang aktif dan terkemuka di
Makkah.

Beliau seorang ulama besar kelahiran Sigalangang, Tapanuli Selatan, iaitu sebuah wilayah di Sumatera Utara. Dikenali sebagai Al-Mandili kerana berketurunan Mendailing.

Beliau adalah guru di Masjidil Haram dan dikatakan sebagai seorang ulama yang alim. Sepanjang menjadi guru di Masjidil Haram selama hampir 30 tahun, Syeikh Abdul Qadir terkenal kerana alim dalam pelbagai cabang ilmu. 

Beliau pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Presiden Sukarno juga pernah menawarkan kepada beliau jawatan di Indonesia. Tetapi, beliau menolak kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajaran di Masjidil Haram.

Ini sesuai dengan gelaran yang beliau sendiri guna, iaitu khuwaidim tolabah al-ilmi as-syarif bi al-harami al-makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram).

 
 
Kandungan
 
  • Kata Penerbit
  • Kata Pentahqiq
  • Biodata Penulis
  • Kata Pengantar
  • Pendahuluan
 
Bahagian Satu: Perihal Tujuh Anggota
  • Mata
  • Telinga
  • Lidah
  • Perut
  • Faraj
  • Tangan dan Kaki
 
Bahagian Dua: Qalbu (Jantung)
  • Pendahuluan
  • Tamak Terhadap Makanan
  • Tamak Dalam Berkata-Kata
  • Kemarahan
  • Sifat Dengki
  • Kedekut dan Sayang Harta
  • Bangga Diri
  • Cintakan Dunia
  • Besar Diri
  • Ujub
  • Riyak
 
Bahagian Tiga: Sifat Yang Dipuji
  • Pendahuluan
  • Taubat
  • Takut Kepada Allah
  • Zuhud
  • Sabar
  • Syukur
  • Ikhlas
  • Tawakal
  • Kasih Kepada Allah
  • Mengingati Mati
 
Penutup
Glosari
 

No reviews found