[DUBOOK] Karya Agong (C286) [RAK89]

Write a review
RM20.00
Ask a question
9789670723143
In stock
+
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789670723143
Jumlah Muka Surat: 160
Berat (Kg): 0.15
Penulis: Nasron Yasin
===========================

 

Bila Nenek Kebayan tahu yang waris Sultan Melaka ditemui di Negeri Perak, dia mengarahkan Hang Tuah dan Hang Jebat untuk turun membantu bakal Sultan. Tapi Nenek Kebayan tak tahu yang zaman telah berubah.

 

Keris Taming Sari telah dijadikan menara tinjau oleh untuk rakyat Melaka naik, anjing telah didakap oleh gadis melayu yang manis bertudung, hal agama telah ditafsir semula oleh si bijaksana di laman facebook, Gereja menghulur bantuan untuk bangsa yang teraniaya dan rasisme yang dibajai harum mewangi menghalang cinta agung. Tapi, Nenek Kebayan bawa juga waris Sultan ke tanah Melaka’

 

Karya Agong adalah kumpulan cerita yang mempunyai sesuatu untuk setiap orang tidak kira apa kepercayaan agama atau fantasinya, kekuatan bangsa dan rasisme-nya, fahaman politik dan ideologinya, jumud dan keterbukaannya, kaki dangdut atau punk rockersnya, ultras bola atau kutu sepenuh masa. Jalan ceritanya sangat setia dan dekat dengan realiti.

No reviews found