Save 15%

Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu] (RAK 17)

Write a review
Old price: RM25.00
RM21.25
You save: RM3.75 (15%)
Ask a question
978-967-366-150-3
Out of stock
Format: Paperback
Saiz: 9x6x0.5
ISBN-13: 978-967-366-150-3
Tarikh Terbit: 24 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 296
 Berat (kg): 0.42
Penulis: Jerry D. Gray

 

Kejahatan kerajaan Amerika Syarikat bukan lagi rahsia. Umat Islam di Iraq, Afghanistan, dan di Palestin dibantai. Sejak pembentukan negara Amerika, mereka melaksanakan program kawalan populasi penduduk dunia. Akibatnya, warganegaranya sendiri pun menjadi korban bahan ujian biologi dan kimia. Semua untuk satu alasan, keamanan nasional.

Pada Perang Dunia Kedua, secara rahsia, kerajaan Amerika berkolaborasi dengan Hitler, merancang bagi mencipta Pemerintahan Dunia Baru (New World Order), dengan mencipta senjata kimia dan biologi pemusnah massal.

Buku ini membongkar secara sistematik, sisi lain kejahatan kerajaan Amerika Syarikat yang membahayakan nyawa manusia seperti penghasilan zat-zat biologi dan kimia, sebagai contoh monosodium glutamate (MSG), aspartame (gula buatan) dan lain-lain. Bahkan penyakit selsema burung, SARS, AIDS dan penyakit-penyakit membawa maut lain adalah juga hasil ciptaan kerajaan Amerika Syarikat.

 

 

 

Bab 1: Sejarah Ringkas!

Bab 2: Menyerang Rakyat Amerika Syarikat dengan Senjata Biologi

Bab 3: Pentadbiran Bush

Bab 4: Kelahiran AIDS

Bab 5: Antraks dan I.G. Farben

Bab 6: Pengkhianatan Media

Bab 7: Selsema Burung

Bab 8: Menyediakan Kem Tahanan untuk Rakyat Amerika

Bab 9: Jejak-Jejak Kimia (Chemtrails)

 

REVIEW

 

Tajuk buku ini cukup menggerunkan, “Deadly Mist”. Tambah menggerunkan, penulisnya juga terancam nyawanya kerana menulis buku ini. Namun, perkara yang paling berbahaya dan menggerunkan adalah konspirasi terancang dajal dunia, iaitu Amerika dan Yahudi untuk menghapuskan sebahagian besar penduduk dunia. Perancangan mereka sangat teliti dan licik. Mereka mahu menghapuskan kita secara diam dan perlahan-lahan. Sama ada perkara ini fakta ataupun auta, para pembaca dapat menilai sendiri dengan bukti-bukti dan rujukan yang disertakan oleh penulis.

Penulis buku ini, Jerry D. Gray mempertaruhkan nyawanya bagi membongkar konspirasi ini. Beliau adalah rakyat Amerika dan juga bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Beliau seolah-olah mengkhianati negaranya sendiri, iaitu Amerika dengan mendedahkan rahsia ini dan memburuk-burukkan Amerika. Tidak cukup dengan buku kontroversinya iaitu “Art of Deception” yang membongkar segala penipuan Amerika kepada dunia, beliau terus menulis buku “Deadly Mist” ini, yang makin berganda tahap kontroversi dan ancaman bahaya kepada dirinya sendiri. Namun, beliau tidak gentar dan yakin kebenaran berpihak kepadanya. Beliau menyerahkan nyawanya kepada Allah, sebaik-baik pelindung.

Dalam buku ini, beliau mendedahkan segala kejahatan Amerika yang bersekongkol dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Merekalah yang mencipta penyakit dan mereka jugalah yang menjual penawarnya. Manusia lain di seluruh dunia seolah-olah menjadi bahan uji kaji dan permainan mereka semata-mata. Jerry D. Gray mendedahkan satu per satu bukti wujudnya campur tangan Amerika dalam penyebaran virus-virus penyakit berbahaya ke seluruh dunia seperti antraks, selesema burung, AIDS, dan lain-lain lagi. Mereka juga mencipta vaksin yang lebih besar mudaratnya berbanding manfaatnya. Dan vaksin inilah yang dicucuk masuk ke dalam tubuh bayi dan manusia di seluruh dunia dengan alasan mahu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Pendedahan demi pendedahan ini akan mengejutkan kita. Tanpa disedari, kita sebenarnya sedang diancam oleh bahaya fluorida yang ada dalam ubat gigi dan air minuman yang kita gunakan pada setiap hari. Fluorida digembar-gemburkan sangat baik untuk kesihatan kita. Namun, bahaya lebih memudaratkan. Profesor Albert Schatz (Ph.D.), penerima Anugerah Nobel Mikrobiologi sendiri mengesahkan perkara ini. Beliau berkata, “Penggunaan fluorida adalah jenayah terbesar yang dilakukan ke atas manusia berbanding dengan jenayah-jenayah lain.” Banyak lagi pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya fluorida yang dihimpunkan dalam buku ini.

Ulasan ringkas ini tidak dapat mendedahkan satu per satu usaha jahat Amerika untuk mengawal populasi dunia dengan membunuh manusia secara senyap-senyap. Setiap helaian buku “Deadly Mist” ini akan memberikan kejutan demi kejutan kepada para pembaca. Konspirasi yang didedahkan dalam buku ini pastinya mencetuskan kontroversi. Fakta ataupun auta, pembaca boleh menilai dan menyemak sendiri sumber rujukan yang disertakan.

 

No reviews found