Save 15%

Mahkota Duka Sirna Si Peterana # (MBC)

Write a review
Old price: RM45.00
RM38.25
You save: RM6.75 (15%)
Ask a question
9789672456445
In stock
+

Tajuk: Mahkota Duka Sirna Si Peterana
ISBN: 9789672456445
Penerbit: Nuha Books
Penulis: Zamidah Hashim 
Tahun Terbit: 2022
Muka Surat: 364
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat: 0.550 kg
Dimensi(cm): 22.5cm x 15cm x 2 cm 


Sinopsis:

Berpangkal pada sejarah penglibatan orang Bugis di Tanah Melayu, novel ini memaparkan sebuah drama intrig politik yang kompleks, iaitu tentang peranan anak raja Bugis yang bermula dengan Opu lima bersaudara. Opu-opu Bugis ini ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi datang ke Johor-Riau dan Lingga. Mereka membantu Raja Sulaiman melawan Raja Kecil. Sebagai membalas jasa, Raja Sulaiman telah melantik Daeng Merewah menjadi Yamtuan Muda Riau yang pertama.

Kepintaran pengarang membentangkan milieu zaman atau semangat zaman (zeitgeist) melalui cara hidup, cara bersosial, cara bertutur, misalnya, telah memberikan zat kepada naratif ini. Bahasa pertuturan yang seboleh mungkin membezakannya daripada pertuturan zaman kini membawa estetika mimesis yang menghiburkan walaupun sukar untuk dibuktikan ketepatannya. Pengarang memanipulasikan bahasa lama yang berkias demi mewajahkan masyarakat dahulu yang sentiasa berlapik dalam percakapan. Inilah antara keindahan yang dapat dirasai dalam sebuah novel sejarah, berbanding wacana sejarah per se.

No reviews found