Penulis kegemaran ramai, Ayman Rashdan Wong kembali dengan buah tangan terbaharu, Kitab Tamadun Cina.

Tamadun Cina merupakan antara tamadun tertua dan satu-satunya tamadun daripada kalangan empat tamadun purba yang tidak terputus. Dalam sejarah perkembangan tamadun Cina dan pengalaman pewarisnya dalam memelihara khazanah leluhur mereka, terdapat pengajaran dan ilham yang berguna kepada anak bangsa yang ingin membina keyakinan diri terhadap tamadun sendiri. Ayuh mengembara bersama saudara Ayman dalam Kitab Tamadun Cina!