Ada dunia lain yang wujud di Nusantara. Dunia yang didiami manusia bersama bunian, kayangan, duyung dan syaitan. Dunia yang dikarang dalam hikayat.

Hikayat ini tentang Ayyan, seorang nelayan muda yang hanya ingin menikmati ketenangan hidup di tepi laut bersama datuk kesayangannya, Imam Syahriyan.

Malangnya, kejahatan dari masa lampau muncul kembali sehingga menjatuhkan Estodania. Perseteruan Adiwangsa bermula semula.

Berjayakah Ayyan menemui Faris? Mampukah dia mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah jatuh ke tangan pihak musuh?