Save 15%

Abang Kaunter Kembali #(L26)

Write a review
Old price: RM20.00
RM17.00
You save: RM3.00 (15%)
Ask a question
9789672013440
Out of stock

Tajuk: Abang Kaunter Kembali
ISBN: 9789672013440
Penerbit: Studio Anai-Anai
Penulis: Rafi Harumin
Tahun Terbit: 2022
Muka Surat: 112
Halaman: Hitam putih 
Format: Softcover
Berat: 0.100 kg
Dimensi: 18.5 cm x 11.4 cm x 0.9 cm

SINOPSIS

Kata orang banyak, "perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama' Begitu juga dengan Rafi, seorang pegawai imigresen yang

bertugas di sebuah lapangan terbang menapak satu per satu, bermula dengan turun dari kereta, terpijak ekor kucing, melangkah masuk melalui pintu bangunan lapangan terbang, kadang singgah juga ke café, dan akhirnya sampai di kubikel tempat dia mengecap pasport para tetamu yang datang. Itulah

antara rutin pekerjaannya setiap hari. "Sejak hari pertama di sini... dah beribu-ribu batu agaknya saya berjalan, bang!" Beritahu Rafi. "Ke sana, ke sini, ke sana,

ke sini...." Apabila diminta untuk mengulas tentang peribahasa jauh perjalanan luas pengalaman', Rafi mengekek, "Daripada tiada

calit di bahu... kini sudah ada dua tiga calit, bang!" Mendengarkan pada cakap-cakapnya itu, ketahuilah akan kita bahawa Rafi ini seorang yang komited dalam pekerjaannya

serta berpengalaman luas. Pada waktu senggang, dia mencatat semula pengalaman nya ketika menangani pelbagai fiil tetamu yang datang dan melaui pintu masuk ke Negeri di Bawah Bayu itu di media

pergi mel sosial miliknya. "Biasalah, bang... orang baru turun dari kapal terbang, pai-ampai' lagi... macam-macam hal! Tapi, kelakarlah!". 'ampai

Lalu cerita-cerita lucu itu kami bukukan untuk kamu baca dan ketawa-ketawa, serta boleh juga dijadikan panduan kepada para pengguna yang sering terpinga-pinga 'macam rusa masuk kampung di lapangan terbang (Ed: macam kamu, dan macam saya juga).

Cuma, apabila ditanya sama ada pernah tak wanita-wanita cantik yang menghulurkan pasport itu bermain-main mata. dengannya, Rafi menjawab, "Takkanlah nak cerita semuanya di sini, bang!? Kamonnnnn!"

No reviews found