Save 15%

KARYA AGUNG: Hikayat Panji Jayeng Kusuma # [MBC]

Write a review
Old price: RM180.00
RM153.00
You save: RM27.00 (15%)
Ask a question
9789839510126
In stock
+

Tajuk: KARYA AGUNG: Hikayat Panji Jayeng Kusuma 
ISBN: 9789839510126
Penerbit: Yayasan Karyawan & Penerbit Fajar Bakti
Penulis: Abdul Rahman Kaeh
Tahun Terbitan: 2007
Muka Surat: 667
Format: Hardcover
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 1.305 kg
Dimensi: 23.6 cm x 15.7 cm x 5.5 cm

SINOPSIS


Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan.

Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat.

Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.

No reviews found