Save 15%

KARYA AGUNG: Cerita Lipur Lara # [MBC]

Write a review
Old price: RM180.00
RM153.00
You save: RM27.00 (15%)
Ask a question
9789839510102
In stock
+

Tajuk: KARYA AGUNG: Cerita Lipur Lara
ISBN: 9789839510102
Penerbit: Yayasan Karyawan                                            
Penulis: Mir Hassan
Tahun Terbitan: 2007
Muka Surat: 631
Format: Hardcover

Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 1.21 kg
Dimensi: 23.6 cm x 15.7 cm x 4.4 cm

SINOPSIS

Tempat Sastera Rakyat dalam Masyarakat Melayu dan Kesusasteraannya

Sastera rakyat seperti gunung air batu (iceberg), kerana yang kelihatan cuma sebahagian kecil di atas permukaan air laut, dan bahagian tersembunyi dalam perut lautan jauh lebih besar. Cerita rakyat lazimnya dituturkan secara lisan dan merupakan tradisi bersastera sebelum terdapatnya sistem tulisan dalam satu-satu masyarakat. Maka itu ia dikenali sebagai sastera pratulisan. Dalam kebanyakan masyarakat, termasuk di kalangan orang Melayu, sastera rakyat terus hidup dalam satu bahagian masyarakat sebagai tradisi lisan yang selari dengan bahagian masyarakat yang urusan hidupnya dilakukan menerusi sistem tulisan. Pemisahan antara sastera rakyat (yang salah satu cirinya ialah kehidupannya wujud dalam tradisi lisan selain ciri-ciri lain juga), dengan kesusasteraan bertulis, tidak tegas. Bahkan, cerita atau kisah dalam kedua-dua jenis kesusasteraan ini bukan sahaja saling mengalir daripada satu tradisi kepada tradisi yang lain secara fizikal, tetapi dari segi yang lain, misalnya dari segi motif, tema, gaya bercerita, serta kepercayaan-kepercayaan yang tertera di dalamnya juga mempunyai persamaan. Sebagai artifak atau alatan budaya yang bukan bersifat material, kedua-dua jenis ke susasteraan ini merupakan cerminan kepada tradisi masing-masing, selain menggambarkan budaya yang sama pada keseluruhannya.

No reviews found