Save 15%

KARYA AGUNG : Hikayat Pocut Muhamat # [MBC]

Write a review
Old price: RM160.00
RM136.00
You save: RM24.00 (15%)
Ask a question
9789839510164
In stock
+

Tajuk: KARYA AGUNG : Hikayat Pocut Muhamat
ISBN: 978-983-9510-16-4
Penerbit: Yayasan Karyawan 
Penterjemah: Noriah Taslim / Nur'ainy Mohamamad Ali
Tahun Terbitan: 2011
Muka Surat: 242
Format: Hardcover

Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 1.09 kg
Dimensi: 23.6 cm x 15.7 cm x 4 cm

 

SINOPSIS

Hikayat Pocut Muhamat mungkin dapat digolongkan dalam senarai epik Aceh yang awal, seperti Hikayat Teungku di Meuke, Hikayat Malim Dagang dan Hikayat Meukuta Alam. Snouck Hurgronje (1985), seorang orientalis Belanda yang banyak menyelidik dan menulis tentang budaya Aceh (abad ke-19, semasa membuat penilaiannya tentang epik ini mengibaratkannya sebagai "sebutir permata dalam sastera Aceh" (the gem of Achehese literature), malah kita rasa mungkin dalam sastera Indonesia juga.

Dalam masyarakat Aceh, karya epik ini (dikarang dalam bentuk puisi, hatta disebut sebagai puisi epik atau puisi heroik) merupakan genre sastera Aceh yang paling original, baik dari segi bentuk mahupun isinya; malah, menurut Snouck Hurgronje, puisi epik tersebut mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada karya-karya epik Aceh yang lain pun, Hikayat Pocut Muhamat boleh dianggap sebagai epik terulung. walaupun secara umum dikatakan Hikayat Pocut Muhamat ini bermodelkan epik-epik yang lebih awal (contohnya Hikayat Malim Dagang) dan memiliki ciri-ciri stereotaip epik Aceh yang lain, namun dalam banyak hal epik ini dianggap lebih "superior" daripada epik-epik sebelumnya.

 

No reviews found