SIHIR PERBUATAN, RAWATAN DAN PENCEGAHAN No. ISBN: 9789834907334

Write a review
RM16.00
Ask a question
Price in points: 16 points
In stock
+

Buku "Sihir: Perbuatan, Rawatan dan Pencegahan" merupakan sebuah buku yang memberikan fokus perbincangan terhadap satu penyakit rohani yang sering berlaku dalam masyarakat, iaitu sihir. Perbuatan dan amalan sihir merupakan salah satu bentuk dosa besar yang sangat dilarang dalam Islam. Perbincangan dalam buku ini menyentuh tentang hakikat sihir sebagai dosa besar, pemahaman tentang sihir dalam kalangan masyarakat di Malaysia, jenis-jenis sihir yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kesan sihir kepada anggota masyarakat, usaha untuk membentengkan diri atau mencegah diri daripada terkena sihir dan rawatan terhadapnya. Pada masa yang sama, penulis turut menjelaskan tentang keperluan undang-undang dalam jenayah sihir yang sehingga hari ini yang masih menjadi polemik tidak berkesudahan dalam merealisasikannya. Buku ini merupakan hasil Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang bernombor FP025-2015A dengan tajuk penyelidikan: "Indeks Patuh Syariah Pengubatan Alternatif Islam Malaysia"

No reviews found