CERITA SANG LOMRI - Ishak Hamzah. [RAK 10]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

CERITA SANG LOMRI adalah cerita di alam mergastua. Di alam mergastua ini, rajanya adalah Raja Singa dan seluruh binatang di hutan adalah rakyatnya. Semua binatang di hutan sentiasa taat kepada Raja Singa. Mereka akan menghadap Raja Singa di Balai Penghadapan dan mempersembahkan hal masing-masing.
Di alam mergastua ini juga adalah seekor binatang yang dinamakan Lomri, ataupun Sang Lomri. Lomri, atau lamri adalah rubah (fox), adalah binatang kecil yang lebih besar sedikit daripada musang tetapi lebih kecil daripada serigala. Sang Lomri dikatakan sering menimbulkan ketidakselesaan kepada binatang lain dan kerap ada aduan tentangnya kepada Raja Singa. Walaupun begitu, Sang Lomri ini binatang yang sangat cerdik. Cerdiknya seumpama kancil. Buku ini kisah Sang Lomri yang berhadapan dengan Raja Singa yang mempunyai segala kekuatan, yang mampu dengan mudah menewaskan Sang Lomri. Cerdiknya Sang Lomri sehingga Raja Singa sering tertipu dengannya. Malah ketika Sang Lomri dijatuhkan hukuman gantung dan tali sudah dipasang di lehernya, Sang Lomri masih lagi dapat memperdayakan Raja Singa. Baca dan nikmati kisah Sang Lomri yang berhadapan dengan Raja Singa dan seluruh binatang di hutan. Cerita ini juga banyak menggunakan perkataan/kosa kata Melayu yang sudah jarang digunakan. Oleh itu glosari disediakan pada setiap bab untuk pembaca mengenali dan memahami kosa kata ini.
Buku setebal 155 halaman ini sesuai dibaca oleh pelajar di Sekolah Menengah malah orang dewasa, kerana kesegaran ceritanya dan keseronokan membaca. Malah kanak-kanak yang suka membaca di rendah atas juga sangat sesuai untuk membaca.
Ya, rugi kalau tak baca buku ini!

No reviews found