Save 75%

Souvenir DAri Angkasa Lepas. Oleh Hassan Hasaaree Ali. Kopi Press.[RAK 91]

Write a review
List price: RM20.00
RM5.00
0.2 kg (RM0.00 per 0 kg)
You save: RM15.00 (75%)
Ask a question
Price in points: 5 points
In stock
+

"Engkau pasti?" tanya Profesor Shukor Osman bila dia bersua muka dengan lelaki Jepun yang tinggi lampai.

Profesor Shinzo Tachikawa mengesat kaca mata sebelum melihat kembali skrin LCD pada atas meja yang sedang memaparkan isyarat Kitsune II, dia bandingkan isyarat yang diterima dengan isyarat dari arkib Agensi Penerokaan Angkasa Lepas.

"Aku periksa berulang kali. Isyaratnya sama dengan robot peneroka Kitsune II yang hilang lima dekad lalu."

"Dari mana isyaratnya?"

Isyarat dari Kitsune II bagai denyutan nadi yang mengembang dan menguncup silih berganti di meja LCD. Tangan Shinzo Tachikawa bergerak ke atas meja mengalih hologram dan membuka menu pada skrin. Dia mengambil beberapa saat untuk masuk ke dalam sistem satelit antarabangsa di orbit planet Marikh.

"Isyarat berasal dari bahagian Sistem Solar di luar orbit planet Neptune, dikenali sebagai Kuper Belt," sambut Shinzo Tachikawa.

"Terdapat lebih daripada 2000 dwarf planet di daerah itu," kata Profesor Shukor.

Shinzo Tachikawa bergerak mencapai alat kompas dari rak rak pejabat. "Aku mampu menapis isyarat Kitsune II dan mengenal pasti dengan tepat planet yang dimaksudkan." "Aku akan buat persiapan untuk ekspedisi ke sana." 

No reviews found