Tajuk: Bestnya Solat!
ISBN:9789671743003
Penerbit: Irfan Foner Studio
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 29
Halaman: Berwarna
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.06
Dimensi (cm): 21cm x 15.5cm x 0.3 cm
Checklist Rukun Solat
1) Niat
2) Berdiri Tegak
3) Takbiratul Ilham
4) Membaca Al-Fatihah
5) Rukuk serta Toma'ninah
6) I'tidal serta Toma'ninah
7) Sujud serta Toma'ninah
8) Duduk di antara dua sujud
9) Duduk Tahiyyat Akhir
10) Membaca Tasyahud Akhir
11) Selawat selepas Tasyahud
12) Memberi Salam
13) Tertib
Apa kata mereka yang membeli naskhah Bestnya Solat?
Puan Nur Khairiah adalah penulis novel berbahasa Melayu di Singapura. Hanya sebaran di satu grup whatsapp kawan sekolah lama, beliau memesan 100 naskhah untuk edaran pada kawan-kawannya sahaja di Singapura.
Buku Bestnya Solat ini juga mudah dibaca dan sedap mata memandang.
Buku Bestnya Solat lebih murah dari satu set Happy Meal. Beli sekali, kenyang sekali. Namun senaskhah buku Bestnya Solat ini, ganjaran pahala kita hingga mati insyaAllah.
Anak-anak pun suka!
“Menariknya buku ini.. Buku apa ini Tuan? Cerita tentang solatkah?”
Ya, Tuan Puan. Inilah buku Panduan Solat, Rukun dan Bacaannya. Kita sekali tengok sudah tahu. Bagus, kan? Hehe..
“Oh okey. Apa kelebihan buku ini berbanding buku-buku solat yang sudah ada di pasaran, Tuan?”
Ada beberapa kelebihan dan manfaat yang Tuan Puan akan peroleh dari buku ini. Saya tidak mendabik dada untuk mengatakan inilah buku solat yang terbaik memandangkan ini buku pertama kami. Namun, ini senarainya yang saya boleh kongsikan.
Penuh warna dan infografik
Ketelitian pada konten, teks arab, aturan, ilustrasi dan semakan
Diceritakan dalam bentuk komik yang comel
Disemak oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin
“Baik, bagusnya. Boleh saya lihat contoh kandungan buku ini?”
Jangan risau. Kami tidak kedekut untuk berkongsi kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini. Nah, anda nilaikan sendiri.
“Bagus, bagus. Cantik lukisan Tuan. Setakat ini sudah adakah yang menggunakannya? Apa kata mereka?”
Terima kasih. Maksud Tuan Puan testimonikah? Ya, kami sudah tampal banyak-banyak di atas. Selain itu, baca juga apa kata proofreader kami, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tentang buku Bestnya Solat ini.
Penyampai segmen Pesona D’Zahra di radio IKIM.fm
Mempunyai 272,000+ Followers di Facebook
Buku Bestnya Solat juga boleh dijadikan
Doorgift Majlis Perkahwinan
Hadiah Majlis Hari Lahir
Wakaf di Masjid dan Surau
Modul Kem Solat dan Ibadah
ABM di Tadika dan Sekolah
Rujukan untuk muallaf dan yang mahu mula belajar solat
“Mengapa anda terbitkan buku Bestnya Solat ini?”
Buku Bestnya Solat diterbitkan adalah untuk menjawab persoalan lazim tentang berapa rukun solat. Kebanyakan dari kita mengetahui bagaimana cara untuk bersolat secara praktikal, hasil dari pendidikan dari sekolah ketika kita masih kecil.
Namun ramai antara dari kita, malah yang dewasa sekalipun masih culas tentang rukun solat yang 13. Tahukah anda, sekiranya pada bahagian rukun seperti membaca Al-Fatihah pun bacaan kita tidak betul, maka keseluruhan solat kita dikira tidak sah?
Ya, ia kedengaran amat remeh, namun memberi impak yang besar kepada nasib kita di akhirat kelak.
“Akhir sekali, boleh perkenalkan pada kami siapa penulis dan pelukis buku ini?”
Boleh! Ini saya kongsikan.
Orhan Mehmet
Penulis Konten
Orhan Mehmet anak kelahiran jati Kuala Lumpur ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, pengkhususan utama didalam Psikologi. Berpegang pada prinsip “Hidup Itu Untuk Memberi”, tercetus idea untuk menghasilkan tulisan yang insyaAllah mampu memberi manfaat kepada pemilik Siri Bestnya ini. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah ilmu-ilmu mengenai Islam ini disebar luas dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
Irfan Foner
Ilustrator Kreatif
Irfan Foner adalah visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten dan penjenamaan bagi pelbagai jenama seperti Nasi Lemak Saleha, Ainon Business School, DBP, Dzul Iman dan Startlah Innovation. Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik dan buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca dan audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Hasil karya beliau boleh dilawati di www.irfanfoner.com
No reviews found