UWAIS AL-WARNI - Lelaki Soleh Dari Yaman [PAk LAtip]

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
Out of stock

Tajuk Buku: Uwais Al-Qarni Lelaki Soleh Dari Yaman

Penulis: Abdul Latip Talib

Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise

Tahun: 2023

ISBN: 978-967-223-496-8

Halaman: 228 ms


Sinopsis:


Uwais al-Qarni tidak terkenal dalam kalangan penduduk bumi tetapi masyhur di langit. Beliau memeluk Islam ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW sepanjang hayatnya.


Beliau tidak berpeluang menziarahi baginda di Madinah kerana menjaga ibu beliau yang sudah tua dan uzur. Lantaran itu, beliau tidak dikategorikan sebagai sahabat Nabi, tetapi tergolong sebagai tabiin. Beliau termasuk dalam kalangan tabiin yang utama berdasarkan nas yang diriwayatkan daripada Umar al-Khattab RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya tabiin yang terbaik ialah seorang lelaki yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu dan dahulu dia berpenyakit kulit (tubuhnya ada putih-putih). Suruhlah dia untuk memohon ampun untuk kamu semua.


(Hadis Riwayat Muslim, no. 2542)

No reviews found