MANASIK HAJI & UMRAH - TALI (AL-HIDAYAH) [TOMO]

Write a review
RM16.00
Ask a question
Price in points: 16 points
9789674391164
In stock
+

Pengarang : Syafiqah Zakaria

Disemak Oleh dan Diteliti: Dr. Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat : 154


Manasik Haji & Umrah merupakan rangkuman tatacara perbuatan, doa dan lafaz bacaan dalam pelaksanaan ibadah Haji & Umrah. lbadah ini merupakan salah satu ibadah yang banyak menekankan kepada perbuatan atau perlakuan. Contohnya seperti berihram, wukuf, melontar jamrah, tawaf, saei, bercukur dan sebagainya.

Bagi memudahkan para tetamu Allah, buku ini memberikan panduan langkah demi langkah yang ringkas dan padat dalam melaksanakan ibadah Haji & Umrah. lni disebabkan ramai dalam kalangan kita yang masih bingung dan tidak berapa pasti tentang bagaimana cara betul untuk melaksanakan tuntutan ibadah ini. Namun sekiranya ibadah ini dipelajari dan difahami dengan betul serta menggunakan bahan atau kaedah yang sesuai, maka ia akan lebih mudah untuk dilaksanakan.

Buku ini memberikan panduan mudah untuk para tetamu Allah ke Baitullah. Pelaksanaan ibadah yang disusun secara langkah demi langkah membuatkan perjalanan ibadah ini lebih teratur dan sistematik. Semoga ibadah Haji & Umrah kita laksanakan mabrur dan setiap amal ibadah yang kita lakukan mendapat keredaan dan ganjaran yang berlimpah daripada Allah S.W.T.


No reviews found