[AY] MUSA BIN NUSAIR 'PENAKLUK ANDALUSIA' [PAK LATIP]

Write a review
RM24.00
Ask a question
Price in points: 24 points
In stock
+

Musa bin Nusair (640-701) yang berkhidmat sebagai seorang panglima dan gabenor di bawah pemerintahan [bani Umaiyyah| Khalifah Umaiyyah] [Al-Walid I atau Khalifah al-Walid bin Abdul Malik] yang berpusat di Damsyik, Syria . Beliau terkenal kerana berjaya mengalahkan bangsa Barbar Afrika Utara dan memerintah di situ sebagai gabenor (Afrika Utara/Ifriqiya) yang menjadi wilayah islam ketika itu. Serta orang yang bertanggungjawab mengarahkan penaklukkan [Visigoth| kerajaan Visigoth] di [Hispania] yang dengan menghantar panglima perang Barbar iaitu Tariq bin Ziyad.
.
Musa bin Nusayr dilahirkan pada tahun 640. Musa bin nusayr berasal dari Yaman . Ayahnya Nusayr berbangsa yahudi telah ditawan oleh Khalid al-Walid, ketika menakluki iraq dan Syria. Nusayr akhirnya memeluk islam dan dilantik menjadi salah seorang pengawal kepada Muawiyah bin Abu-Sufian yang ketika itu menjadi gabenor di Syria,yang akhirnya Muawiyah menggantikan Sayiddina Ali sebagai khalifah,sekaligus mengasaskan kerajaan Bani Umayyah.
.
Ketika ayahnya Nusayr berkhidmat dengan Muawwiyah, beliau perlahan-lahan mendidik anaknya menjadi seorang panglima Islam yang termuka. Nusayr sendiri adalah seorang yang berpegang teguh kepada ajaran islam. Apabila Muawiyah berperang dengan khalifah Ali di Siffin, Nusayr tidak turut serta dalam angkatan perang Muawwiyah, Nusayr telah menyatakan pendiriannya yang tidak mahu terlibat dalam perang sesama islam.
.
Nusayr bukan sahaja mendidik anaknya supaya patuh kepada ajaran islam. Beliau juga selalu menceritakan kepada anaknya itu kisah-kisah kepahlawanan Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-jarrah dan Khalid al-walid. Beliau juga diasuh dan dilatih dengan ilmu berperang dan kemahiran menunggang kuda. Oleh itu, Musa akhirnya membesar dengan peribadi yang mulia serta memiliki sifat kepahlawanan.

No reviews found