Ocean Gold Magnesium Flake 1kg # (Y10)

Write a review
RM70.00
Ask a question
magnesium-flake
Out of stock

Produk: Ocean Gold Magnesium Flake 1kg
Berat (kg): 1.0kg
Dimensi (cm): 19.5 cm x 10 cm x 10 cm

 

Apakah itu Ocean Gold Magnesium Flake?

 

Ocean Gold Magnesium Flakes merupakan adalah sumber Magnesium di dalam bentuk kepingan dan unsur mineralmineral surih yang lain; tulin dan mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah. Fungsi dan manfaatnya sama seperti Magnesium Oil 108 dan Magnesium Gel 108.

Ocean Gold Magnesium sangat bermanfaat apabila digunakan di dalam tab mandi atau rendaman kaki. Apabila digunakan secara transderma atau melalui sentuhan kulit, magnesium klorida ini diserap pantas, dengan itu cepat meningkatkan tahap magnesium dalam badan. Kesan ini bukan sahaja boleh mengembalikan tahap magnesium yang sihat seluruh badan, tetapi dengan itu boleh menyediakan tubuh dengan semua faedah yang boleh diperolehi dengan mempunyai tahap deposit simpanan magnesium yang lebih tinggi.

Menurut Daniel Reid, pengarang buku The Tao of Detox, magnesium klorida adalah bentuk yang paling mudah diserap dan digunakan untuk mendapatkan magnesium bagi tujuan metabolik dalam sel-sel tubuh manusia. Magnesium klorida adalah bentuk semula jadi magnesium yang terdapat di dalam air laut.

Magnesium adalah elemen sangat penting kepada beratusratus proses fisiologi di dalam badan manusia. Ia sangat membantu untuk menenangkan 'saraf' dan mengurangkan tekanan badan secara sistemik. Magnesium yang diserap secara mandian akan disasarkan ke tisu otot (iaitu, ia pantas diserap oleh otot) menjadikannya amat berguna untuk menambahkan semula tisu lembut yang telah habis dan membantu memulihkan fungsi sebenar yang telah hilang akibat kekurangan peringat deposit magnesium yang mencukupi.

Tambahan pula, kalsium dan magnesium saling memerlukan antara satu sama lain bagi membantu untuk mengatasi kalsifikasi atau kondisi kalsium berlebihan di dalam otot anda, organ-organ, tisu-tisu dan lain-lainnya. Serapan melalui sentuhan dengan kulit atau transdermal membolehkan badan untuk menyerap sebanyak mana magnesium yang dikehendaki. Tidak seperti suplement magnesium yang dicirikan oleh had tertentu ke atas kadar dan jumlah pengambilan dan asimilasi - magnesium yang diserap melalui kulit melalui mandian badan atau rendaman kaki (secara transdermal) boleh secara cepat dan berkesan meningkatkan tahap magnesium di tisu (dan selular) dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan melegakan otot.

 

Manfaat Ocean Gold Magnesium Flake

 

Satu bekas Magnesium Chloride Flakes baik untuk kegunaan membantu masalah kesihatan seperti:-

1.Masalah alergi, sensitif, sirosis, dermatitis & ekzema.

2.Mengurangkan radang atau bengkak kulit.

3 Melegakan tekanan emosi (sesuai untuk spa), psoriasis, stress & isomania

4. Mengeluarkan toksin dari badan

5 .Masalah sendi dengan kaedan rendam bahagian yang sakit.

6. Mengawal penebalan dan pengerasan dinding arteri yang biasanya berlaku akibat peningkatan usia.

7. Bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan

8. Rawatan ibu-ibu berpantang untuk menghilangkan stress, merawat luka dan memperbaiki perjalanan darah.

9. Mengatasi masalah asma.

10. Mengawal kekejangan atau sawan dari berulang.

11. Membantu mengekalkan denyutan jantung yang stabil.

12. Mengurangkan masalah sakit kepala dan memulihkan otot.

 

 

Cara Penggunaan Magnesium Flake

 

1. Untuk mandian – Larutkan 1-3 cawan Magnesium Flakes kedalam tab mandi yang berisi air suam. Rendamkan badan selama 30 minit.

2. Rendaman kaki – Larutkan 1 cawan Magnesium Flakes kedalam air suam yang disediakan di dalam bekas. Pastikan air melepasi buku lali. Rendam kaki selama 15 minit untuk 3 kali seminggu.

3. Semburan (spray mist) – Larutkan 1 sudu besar Magnesium Flakes kedalam 100ml air panas mendidih. Kacau. Setelah garam larut, masukkan ke dalam botol ‘spray’ dan sedia digunakan bila perlu di tempat yang sakit.

4. Rendaman selepas bersalin – Larutkan 200gm Magnesium Flakes kedalam air panas yang disediakan di dalam besen bersama-sama air rebusan manjakani, daun sireh dan daun inai. Apabila ianya larut, masuk dan duduk didalam air tersebut.

 

Perhatian: Tempoh hayat Magnesium Flakes adalah hanya selama 3 bulan selepas ianya dibuka.

Kandungan Berat : 1kg

 

 

No reviews found