Save 15%

Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kesan Cakar # (L35)

Write a review
Old price: RM15.00
RM12.75
You save: RM2.25 (15%)
Ask a question
9789672458494
In stock
+
Tajuk: Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kesan Cakar
ISBN: 9789831665176
Penerbit: Rimbunan Publishing House
Penulis: My Roslan
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 103
Halaman: 
Format: Paperback
Berat (kg): 0.6
Dimensi (cm): 12.5 cm x 1 cm x 18.5 cm
 
SINOPSIS
 
Kampung Parit Ketumbit gempar apabila beberapa penduduknya diganggu oleh makhluk ganas yang berkuku tajam. Makhluk yang tidak diketahui asal usulnya itu berkeliaran tatkala malam menjelma. Bunyi rengekan yang halus serta nyaring, bersama kesan-kesan cakar yang ditinggalkan di merata tempat, sudah cukup membuatkan seluruh penduduk kampung berada dalam ketakutan. Ramai yang berteka-teki, kemungkinan ia adalah anjing liar, kelawar gergasi, atau serigala hutan. Lebih menggerunkan, ada juga yang mengatakan ia bukan makhluk sembarangan. Ia makhluk jadi-jadian! Indra, Kuppan, dan Cha juga tidak terkecuali pernah berhadapan dengan makhluk ganas itu apabila perkhemahan mereka diganggu oleh kesan cakar dan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Ini membuatkan mereka menggeletar dan trauma. Dalam keadaan takut, mereka tetap juga bersemangat untuk menjalankan siasatan dan merungkai tentang makhluk misteri itu. Nampaknya, banyak misteri yang perlu dirungkai oleh mereka bertiga sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Sedangkan…mereka juga benar-benar dalam ketakutan.

———————————————————————–

-Latar belakang cerita (suasana kampung) yang jarang
ditonjolkan pada masa kini.
– Tema penyiasatan dengan unsur humor menjadikan
pengalaman membaca lebih menyeronokkan.

No reviews found