1511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah sebuah buku yang secara julung kalinya menyajikan sejarah yang tepat tentang bagaimana Melaka, sebuah kesultanan yang kuat dan kaya, jatuh ke tangan Portugis.
Sambil anda membaca buku ini, anda akan sama-sama berjanji kepada diri dan anak bangsa, bahawa tidak sekali lagi anda mengulangi apa yang terjadi pada waktu silam dengan mempelajari sejarah.
Sejarah bukan untuk dijadikan bahan propaganda. Sejarah bukan untuk dijadikan bahan penyelewengan. Sejarah untuk kita kenal siapa diri kita, selongkar erti jati diri dan jadikan peristiwa silam sebagai >span class="NormalTextRun SpellingErrorV2Themed SCXW72737003 BCX0">kejayaan kita pada hari ini.
Penulis: Ilham Mazalan
Muka Surat: 539 halaman
Jenis Kulit Buku: Kulit Lembut
Sinposis:
Dendam, cinta dan cita-cita.
Seluas mana pun samudera Alam Melayu, nescaya ia tidak mampu membataskan rasa dendam, kehendak percintaan dan cita-cita agung Atma dan teman-teman. Baik melanun di laut luas, atau menjadi askar upahan Sultan untuk menentang bangsa penjajah di daratan, tiga perkara inilah yang menjadi azimat mereka dalam menghadapi hari muka.
1640 Masihi. Tahun penentuan. Baik buat Johor dan Acheh. Baik buat Belanda dan Portugis. Di Kota Melaka, takdir empat kerajaan besar ini bakal diikat oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Antara bahtera Mendam Berahi dan berahi yang terpendam dalam jiwa. Antara kehendak peribadi dan kebajikan anak bangsa, jalan manakah yang bakal Atma dan teman-temannya pilih?
Apa yang pasti, tidak kira Naga Laut, Hantu Air, Manusia Kerbau yang setinggi langit hatta raksasa agung Si Pauh Janggi sekalipun, tiada apa yang mampu melunturkan kemahuan Atma dan teman-teman untuk membentuk takdir dengan tangan sendiri.