Save 15%

(OP) Senangnya Matematik: Belajar Bahagi (R15)

Write a review
Old price: RM12.90
RM10.96
You save: RM1.94 (15%)
Ask a question
978-967-410-157-2
Out of stock
Forrmat: Paperback
ISBN-13: 978-967-410-157-2 
Tarikh Terbit: 27 Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 68

Berat (KG): 0.14

Kategori: Kanak-Kanak

Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

 

Buku terjemahan dari Korea ini mengisahkan Narae iaitu kanak-kanak perempuan yang paling berlagak di sekolahnya! Dia selalu bergaya dengan gelang, rantai, dan bermacam-macam aksesori terbaru di pasaran. Pada suatu hari, sesuatu telah berlaku. Narae tidak lagi dapat bergaya dengan barang-barang baru kecuali dia belajar operasi bahagi! Bagaimana? Narae sememangnya tidak tahu apa itu pembahagian. Dia mula berputus asa dan melarikan diri ke taman. Di situlah Narae bertemu dengan Mak Cik Kuat yang mempunyai Bas Bahagi.

 

"Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang sedang belajar di tadika ataupun sekolah rendah. Konsep bahagi yang disampaikan cukup jelas dan mudah difahami seperti pengumpulan sama banyak ataupun perkongsian sama banyak. Selain menghayati cerita yang menarik, terdapat nilai-nilai murni yang dapat dicontohi. Antaranya adalah bersikap adil, prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik serta bersikap tidak mudah putus asa, rajin dan ingin mencuba menyebabkan watak utama berjaya menguasai konsep bahagi. Unsur humor dalam cerita bukan sahaja menghiburkan hati bahkan pembaca dapat menceritakan semula konsep bahagi dengan tepat dan pantas."

 

- PUAN CHAN YOOK LEAN, GURU CEMERLANG MATEMATIK WILAYAH PERSEKUTUAN

No reviews found