1511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah sebuah buku yang secara julung kalinya menyajikan sejarah yang tepat tentang bagaimana Melaka, sebuah kesultanan yang kuat dan kaya, jatuh ke tangan Portugis.
Sambil anda membaca buku ini, anda akan sama-sama berjanji kepada diri dan anak bangsa, bahawa tidak sekali lagi anda mengulangi apa yang terjadi pada waktu silam dengan mempelajari sejarah.
Sejarah bukan untuk dijadikan bahan propaganda. Sejarah bukan untuk dijadikan bahan penyelewengan. Sejarah untuk kita kenal siapa diri kita, selongkar erti jati diri dan jadikan peristiwa silam sebagai >span class="NormalTextRun SpellingErrorV2Themed SCXW72737003 BCX0">kejayaan kita pada hari ini.