Buku Indahnya Hidup Bertuhan adalah sebuah buku yang mengandungi kisah ibrah tentang hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.
Setiap manusia perlukan kepada satu kuasa Yang Maha Hebat yang boleh menjaga serta melindungi dirinya daripada musibah dan malapetaka. Jadi, kuasa itu adalah Tuhan kita yang satu iaitu Allah Taala.
Sebagaimana jasad yang memerlukan keperluan seperti makanan dan air untuk hidup, begitu juga roh memerlukan makanan untuk ia terus subur. Jika jasad sahaja yang kenyang, manakala roh kelaparan, hidup kita tidak akan tenang.
No reviews found