Novel IMAM Oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Write a review
RM60.00
Ask a question
Price in points: 60 points
In stock
+

“Benar. Benar. Teman yang paling baik ialah buku. Dia boleh menemani kita ke mana saja yang kita mau pergi. Dia teman yang paling setia,” ujar Haji Mihad – Abdullah Hussain, Imam, 1995.

Imam merupakan sebuah novel yang telah ditulis oleh Sasterawan Negara yang ke-8, Abdullah Hussain. Ia merupakan satu novel yang padat tentang isu-isu seperti pokok agama dan amalannya, pemikiran masyarakat Melayu Muslim pada tika itu, arah tuju sesebuah komuniti dan sebagainya.

Antara bab yang menarik minat aku ialah apabila berlakunya interbiu di antara Imam Mihad dan Majlis Agama yang mana sekumpulan suara kecil telah melakukan aduan terhadap imam tersebut berkenaan amalannya di Kampung Anggerik Desa. Majlis Agama mengandaikan bahawa Imam Mihad telah menyimpang jauh daripada pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie berdasarkan rekod pembelajaran imam itu di Indonesia. Imam Mihad menekankan tentang perpaduan umat adalah satu perkara yang mustahak seperti mana yang telah diperjuangkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, Imam Hassan al-Banna, Ibn Taymiyyah dan seangkatannya. Mihad juga berpendapat bahawa komuniti seharusnya bersifat lebih kreatif, keterbukaan, responsif terhadap perjalanan sejarah dunia, inovatif, rajin dan berakhlak mulua yang ditekankan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada tika itu. Mihad juga berkeras mengatakan bahawa orang kampung tidak seharusnya berharap pada bantuan kerajaan dan wakaf Hj. Salih semata-mata untuk terus hidup.

Walaupunbegitu, panel majlis amat berat untuk menerima pemikiran itu dan terkesima apabila dikritik pedas oleh imam tersebut. Majlis beranggapan bahawa imam sepatutnya menjalankan kerja di masjid dan sekitarnya sahaja. Pembaharuan yang dilakukan oleh Imam Mihad dan orang kampung seperti pembinaan irigasi, penambahbaikan sekitar masjid, pembacaan teks khutbah sendiri (bukan milikan majlis) dan lain-lain merupakan satu perkara yang asing bagi komuniti pada waktu itu. Bidaah, ya itulah yang dinyatakan oleh kaum tua termasuk Majlis Agama. Imam Mihad mengandaikan bahawa pemikiran dan amalan orang Islam bukanlah ditentukan oleh Majlis Agama yang memilih untuk menolak elemen universal dan mengekalkan adat dan tradisi yang lapuk dan tidak sesuai dalam sebuah negara yang sedang berkembang maju. Imam Mihad menekankan bahawa Islam bukan pada Melayunya, akan tetapi ia tertakluk pada pemikiran dan amalan kepada Tuhan. Ia selari dengan petikan Ibn Khaldun yang telah diambil oleh penulis ke dalam novel beliau. Kata Ibn Khaldun “Most of the scholars in Islam have been non-Arab. It is a remarkable fact that, with few exceptions, most Muslim scholars both in the religious and in the intellectual sciences have been non-Arab teacher.” Petikan itu juga menuntut kepada perkembangan dan pengembangan umat Melayu Islam itu sendiri. Kata Imam Mihad, jangan kita hidup segan mati tak mau. Dan kita hanya menanti bantuan kerajaan dan bantuan orang lain sahaja tanpa berikhtiar untuk terus memajukan diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara.

Kesimpulannya, kemajuan diri sendiri amatlah dituntut dan jangan mengharapkan doa dan zikir sahaja. Selain itu, kita seharusnya berusaha mencari titik perpaduan di antara kita tanpa menjadi fanatik sesuatu mazhab dan pemikiran. Tambahan pula, kita seharusnya bersedia untuk bertoleransi dalam membincangkan sesuatu perkara. Jangan disebabkan seseorang itu membawa pandangan Muhammad Abd Wahhab kita terus mengecapnya Wahabi tanpa usul periksa. Bahkan kita langsung tidak kenal dan tidak mahu mengkaji peribadi seseorang itu.

*Aku bukanlah bersuara bagi mewakiki mana-mana pandangan. Sebagai rakyat Malaysia, perpaduan bagi aku amat kritikal pada tahun 2019. Sedangkan buku ini telah diterbit pada tahun 1995 dan ada lagi buku serupa demikian pada tahun sebelumnya. Semoga satu hari nanti kita dapat merapatkan jurang pemikiran dan amalan di antara kita bagi kebaikan pembangunan negara.

No reviews found