Ada dua jenis manusia dalam dunia ini. Yang kuat tekad dan lemah tekad. Kita dapat saksikan orang yang ada disiplin dalam kehidupan, yang kita sebut sebagai jadual kejayaan, mereka sangat berdisiplin dengan jadual mereka. Mereka jelas dengan waktu tidur hingga wakty mereka tidur semula. Setiap saat, minit dalam hidup mereka penuh makna dan manfaat. Bermanfaat mereka buat, kurang atau membuang masa, tenaga, dan wang mereka abaikan.
Dengan jadual kejayaan melatih kita melatih diri kita menjadi orang yang kuat tekad. Apa-apa halangan dalam bentuk makanan, pakaian, iklan , wanita cantik ataupun selalu kita sebut sebagai nafsu yang tidak bertepi boleh kita uruskan dengan pertolongan Allah yang maha perkasa juga kekuatan hati tekad yang banyak dibincangkan dalam buku ini.
Buku ini dipercayai dapat menjadi azimat sepanjang zaman tatkala kekuatan hati sering membezakan antara seorang pejaya dan seorang pengagal.
No reviews found