[IIUM] DZULKIFLI ABDUL RAZAK DAN PERCAMBAHAN KONSEP PENGAJIAN TINGGINYA [RAK 24]

Write a review
RM80.00
Ask a question
Price in points: 80 points
In stock
+

Author: Muhammad Haji Salleh Publisher: ILHAM Books ISBN: 9789674910907  Weight: 0.573  Pages: 310pp Year: 2021 Price: RM80

Buku ini menemukan pemikiran dua orang tokoh akademik di negara ini. Penulis buku ini, Muhammad Haji Salleh dan tokoh yang dihikayatkan dalam buku ini. Dzulkifli Abdul Razak. Kedua mereka adalah penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak yang kini memimpin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Rektor. Sebelum ini beliau berkhidmat di banyak buah universiti di dalam dan di luar negara. Sebelum berpindah ke UIAM, beliau ialah Pengerusi. Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Naib Cancelor, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU). Dzulkifli selama 11 tahun menjadi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum memimpin USIM, sementara itu beliau berkhidmat sebagai Ahli Panel Penasihat Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Dasar dan Pengurusan Dadah dari 1995 hingga 2010 dan Jawatankuasa Saintifik WHO mengenai Peraturan Produk Tembakau dari 2004 hingga 2006. Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Universiti Antarabangsa dari tahun 2012 hingga 2016. Universiti 21 menganugerahkan Gilbert Medal kepada Dzulkifli pada 4 Mei 2017 sebagai penghargaan atas sumbangannya dalam bidang pendidikan. Beliau menerima ijazah doktor kehormat sains daripada University of Portsmouth, University of Nottingham dan Mykolas Romeris University, dan doktor kehormat sains pendidikan daripada Istanbul Commerce University. Pengalamannya yang luas di pelbagai institusi pengajian tinggi ini telah memberi peluang kepada Dzulkifli mengembangkan pemikirannya untuk diterapkan dalam pentadbiran pendidikan peringkat tinggi.

No reviews found