HUSAIN BIN ALI SYAHID DI KARBALA

Write a review
RM35.00
Ask a question
Price in points: 35 points
In stock
+

Padang pasir Karbala sudah mula sunyi. Kini hanya tinggal Husain sendirian melawan musuh-musuhnya. Pertempuran itu agak jauh dari kawasan khemah. Dia tidak mahu kaum keluarganya melihat bagaimana dia akan dibunuh. Dentingan pedangnya tidak pernah sunyi menewaskan musuh yang mara menyerang. Pasukan musuh kucar-kacir dibuatnya. Ketangkasan dan kebenaran Husain sangat luar biasa.

Tidak cukup dengan itu, diadakan pula pertarungan satu lawan satu. Namun, mereka bukanlah tandingan Husain. Seorang demi seorang gugur menyembah bumi. Biarpun puluhan musuh berduyun-duyun datang meluru, akan ditangkisnya sehingga tiada seorang pun yang hidup. Tubuh musuh yang tewas bergelimpangan menjadi korban hentaman pedangnya.


BAB 8 KHALIFAH UTHMAN DIKEPUNG


ZULKAEDAH, 35H

Khalifah Uthman bin Affan terkejut apabila diberitahu mengenai segerombolan penduduk dari Mesir, Kufah dan Basrah sudah pun tiba di Madinah. Rombongan dari Mesir yang diketuai oleh al-Ghafiqi bin Harab al-Akki membawa seramai 500 orang pengikut sudah tiba dan berkhemah di Zil Marwa. Manakala 500 orang rombongan daripada penduduk Kufah diketuai Abdullah bin Asham al-Amiri berkhemah di al-Wash. Rombongan Busrah diketuai Hurkush bin Zuhar al-Saadi pula berkhemah di Za Khusuh.

"Apa tujuan mereka datang ke mari?" tanya Khalifah Uthman bin Affan kepada Marwan bin al-Hakam selaku Gabenor Madinah dan juga merupakan sepupunya.

"Mereka mahu meminta Amirul Mukminin meletakkan jawatan," beritahu Marwan bin Al-Hakkam.

"Apa?" Khalifah Uthman bin Affan semakin terkejut.

"Atas sebab apa saya diminta berbuat demikian?"

"Mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan tuan yang menurut mereka banyak jawatan telah dipegang oleh saudara mara tuan terutama daripada golongan Bani Umayyah. Ditambah pula banyak berlaku rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan," beritahu Marwan bin al-Hakam lagi.

"Bukankah sebelum ini saya telah mengutuskan Muhammad bin Maslamah ke Kufah, Usamah bin Zayd ke Basrah, Ammar bin Yasir ke Mesir dan Abdullah bin Umar ke Syam. Mereka pulang melaporkan tidak ada masyarakat dari negeri-negeri itu mempertikaikan kepimpinan saya yang telah melakukan keadilan dan melaksanakan undang-undang ke atas mereka," tegas Khalifah Uthman bin Affan.

"Ini semua berpunca daripada Abdullah bin Sa'ba. Dialah yang mencetuskan haru-biru kerana memperbesarkan dan menghasut orang ramai supaya tidak memihak kepada Amirul Mukminin, sebaliknya mengatakan Ali lah orang yang layak menjadi khalifah. Akibat dari situ, timbullah rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Mesir, Kufah dan Basrah sehingga mereka mahu pilihan masing-masing dipilih. Maka timbullah agenda mendesak tuan meletak jawatan." kata Marwan bin al-Hakam yang turut berang dengan apa yang berlaku.

No reviews found